Seret Pelajar Sampai Mati, Pemandu Lori Dibelasah

Seret Pelajar Sampai Mati, Pemandu Lori Dibelasah

TRAGIK… Seorang pemandu lori yang terbabit dalam nahas di Dungun, Terengganu terpaksa tempuh azab dibelasah beramai-ramai selepas melanggar seorang pelajar sekolah sehingga maut.

Seret Pelajar Sampai Mati, Pemandu Lori Dibelasah
Seret Pelajar Sampai Mati, Pemandu Lori Dibelasah

Pemandu lori berusia 33 tahun itu turut diikat pada kedua-dua tanganya sebelum diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi kejadian di Jalan Gong Pasir pada pukul 6.30 petang.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah menasihati orang awam supaya tidak bertindak melulu memukul atau menghukum mana-mana pihak yang terlibat.

“Kejadian pemandu lori itu diikat dan dipukul berlaku sebelum ketibaan anggota polis.

ARTIKEL MENARIK: Maut Selepas Digilis Dan Diseret Sejauh 50 Meter.

loading...

“Jadi kita nasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak melulu atau sesuka hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” kata beliau.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nur Syuhaiba Shafiee, 15, yang menunggang motosikal secara bersendirian dirempuh oleh pemandu lori berkenaan sehingga menyebabkan mangsa terseret sejauh 20 meter.

1.jpg

2.jpg

Menurut seorang saksi di laman Facebook, mangsa yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar dikatakan secara melulu cuba masuk ke simpang kanan menghala ke Gong Pasir.



3.jpg

Ini membuatkan pemandu lori berkenaan yang datang dari arah Kuantan, Pahang terus membunyikan hon dan cuba sedaya upaya menghentikan kenderaannya.

Bagaimanapun, lorinya yang sarat dengan muatan berat dikatakan tidak sempat untuk berhenti lalu gagal mengelak motosikal mangsa.

Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post