Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Adam Corrie dan isteri, Fazema Fuad mendirikan rumah tangga selepas hanya tiga kali bertemu. Jodoh berkekalan sehingga kini, pasangan itu dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi selepas Fazema disahkan hamil.

Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata
Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata
Berita gembira itu dikongsi oleh Adam sendiri di Facebook sebentar tadi dan rata-rata peminat turut menumpang gembira dan mendoakan isteri serta bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Berkahwin pada 21 November 2008, penantian dan doa pasangan ini selama hampir 10 tahun akhirnya dimakbulkan Allah SWT.


“Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu… Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah…” 

ARTIKEL MENARIK: "Janganlah Buat Orang Yang Tiada Kena-Mengena Terpalit Sama Pula" – Rita Rudaini Kesal Terkait Isu Izreen

loading...

Pengikut Adam di laman Facebook turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah selain berkongsi tips ibu hamil untuk isteri tercintanya itu. Malah, Adam sendiri juga melalui post itu sempat mendoakan pasangan-pasangan lain yang masih menanti zuriat.



Kisah pasangan ini pernah menarik perhatian ramai apabila Adam dan isteri berkongsi kisah melalui satu klip video mengenai apa yang dilalui mereka. Di dalam video itu, Adam Corrie akui telah menyampaikan hasratnya untuk berkahwin di hadapan makam Rasulullah SAW ketika mengerjakan umrah selepas lapan bulan memeluk agama Islam.


.


Sumber: Lobakmerah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post