Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Kehidupan bercinta semestinya penuh cabaran dan memerlukan kefahaman serta pengorbanan antara kedua belah pihak.

Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu
Pengorbanan Wanita Ini Setia Jaga Kekasih Hidap Kanser Mata Tahap Akhir Buat Ramai Terharu

Tidak semua wanita dapat menerima hakikat dan sanggup untuk meneruskan perhubungan selepas mengetahui kekasihnya jatuh sakit, tetapi wanita ini memang wajar dipuji.

Baru-baru ini, orang ramai terharu dan kagum melihat seorang wanita yang masih setia bersama kekasihnya walaupun lelaki itu tidak lagi sihat seperti dulu.

ARTIKEL MENARIK:Dia Terkejut Melihat Anunya Hilang Selepas Dimandulkan

loading...

Menurut Nextshark, seorang wanita, Atittaya Chumkeaw mendapat perhatian ramai setelah memuat naik gambar dia dan kekasihnya, Pooh Kaew di Facebook groupTrue Buddhism. Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen mengenai perhubungan mereka yang sudah mencecah tiga tahun.


Pooh Kaew, 21, telah berubah rupa kerana menghidap retinoblastoma, sejenis kanser rare yang mula membentuk dari retina mata. Keluarganya memberitahu bahawa mereka tiada mempunyai pilihan untuk merawat lelaki ituwalaupun Kaew masih menyimpan harapan supaya ketumbuhan itu akan hilang.



Menurut Daily Mail, admin Facebook group tersebut memberitahu bahawa entri itu bukanlah untuk memberi harapan palsu kepada pesakit kanser.


“Saya kagum dengan wanita ini yang tetap setia bersama pasangannya. Orang ramai mengatakan kasih sayang yang diberikan adalah perkara yang terbaik terjadi kepada lelaki itu. Ia mungkin akan menyebabkan keajaiban berlaku.”

Sejak gambar itu dimuat naik, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat pasangan muda ini dan mendoakan yang terbaik untuk Pooh Kaew supaya kembali sembuh.

Sumber: Lobakmerah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post