‘Mohon Hembuskan Aku Ke Syurga Dengan Doamu’ – Kesihatan Makin Surut, Ini Pesanan Pilu Bob Lokman

‘Mohon Hembuskan Aku Ke Syurga Dengan Doamu’ – Kesihatan Makin Surut, Ini Pesanan Pilu Bob Lokman

Bob Lokman satu nama yang satu masa dahulu pernah memeriahkan industri seni tanah air. Bukan sahaja bergelar seorang pelakon yang berbakat, Bob Lokman juga turut menghasilkan lagu yang cukup hits antaranya Taman Rashidah Utama dan Rendang Tak Berbuah.

‘Mohon Hembuskan Aku Ke Syurga Dengan Doamu’ – Kesihatan Makin Surut, Ini Pesanan Pilu Bob Lokman
‘Mohon Hembuskan Aku Ke Syurga Dengan Doamu’ – Kesihatan Makin Surut, Ini Pesanan Pilu Bob Lokman
Sudah beberapa tahun terlantar sakit, Bob kini khabarnya ditahan di Hospital UiTM Sungai Buloh kerana sedang menderita sakit jantung dan masalah paru-paru. Menerusi laman Facebook, Bob meninggalkan pesanan pilu ini.

ARTIKEL MENARIK: Kalau tahu Orang tu sudah beristeri, kau sepak je dia- Michael Ang komen isu Izreen Azminda.

loading...

Doakan beliau

Menerusi sebuah tweet di Twitter, salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC meminta orang ramai mendoakan Bob Lokman lantaran kesihatannya yang semakin surut. Di laman facebook, Bob Lokman meninggalkan pesanan pilu khas buat sahabat dan penyokongnya. Sebak!

Sahabat hari ini kau datang dalam realiti dan kenangan

Assalamualaikum Sahabatsss. Aku jumpa doktor lagi hari ni, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah. Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu…. Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa utk mencari peluang terbaik seterusnya. Sahabatsss, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan, dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai disini, cuma mungkin aku yg akan mendahului dgn faktor yg aku miliki. Sahabatsss, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dgn mohon hembuskan aku ke syurga dgn doa mu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz….dan aku berpesan dalam kelemahan… pertahankanlah ISLAM…kerana itulah benteng terakhir yg aku perjuangkan. 

Bob Lokman. 
16.02
UiTM Sg Buloh.


Netizen beri semangat

Sumber : Ohbulan.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post