KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda, 33, kesal apabila ada pihak berniat jahat cuba menutup periuk nasinya dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.
'Mengapa Mahu Tutup Periuk Nasi Saya?' - Izreen Azminda |
Izreen berkata, paling mengecewakan apabila periuk nasinya cuba diganggu menerusi status yang menyatakan dia bakal meninggalkan kerjaya seni kerana tidak mahu lagi dihimpit kontroversi sejak memilih untuk hidup bermadu.
ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Intan Terima Talak Satu, Ude Milik Izreen Sepenuhnya..
loading...
"Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.
"Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu," katanya.
Izreen berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu mengundurkan diri daripada dunia seni seperti yang ditulis dalam akaun palsu itu.
"Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.
"Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada," katanya.
Izreen berkata, ketika ini, dia memilih untuk menutup akaun laman sosialnya bagi mengelak daripada berterusan dihimpit kontroversi.
"Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya," katanya ketika dihubungi BH Online.
Sumber: BH Online
Post a Comment