Bagi seorang wanita tempoh mengandung, bersalin, berpantang dan menyusukan anak adalah waktu yang istimewa.
Menantu Yang Sporting! Tya Arifin Ajar Siti Cara Betul Susukan Baby Aafiyah.. |
ARTIKEL MENARIK: Nie Artis Yang Sorok Perkahwinan Mereka, No 5 Sampai Sekarang Tak Dedahkan Wajah Pasangannya.
loading...
Buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tempoh berpantang adalah pengalaman baru dalam hidupnya selepas lebih seminggu melahirkan anak.
Malah, selebriti berusia 39 tahun ini cukup bertuah apabila mendapat penjagaan sepenuhnya daripada Natalis Mother Care.
Tidak hanya itu, pelantun lagu Segala Perasaan ini turut dijaga oleh ibu, Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya, Siti Zainab Hanaffi.
“Alhamdulillah, saya cukup bertuah apabila ibu dan ibu mertua ada sekali menjaga saya sepanjang tempoh berpantang.
“Sekurang-kurangnya, ada jugalah orang lebih berpengalaman menjaga saya,” katanya
Bagaimanapun, cabaran utamanya selepas melahirkan anak adalah menyusukan badan.
“Ya ALLAH, barulah saya tahu bukan senang rupa-rupanya.
“Tapi, bila fikir bagaimana ibu saya boleh menyusukan lapan anaknya sampai tak tidur malam, saya jadi kuat.
“Tak akan saya yang baru saja anak seorang ini nak mengeluhkan?,” katanya.
Siti Nurhaliza juga meluahkan rasa syukurnya apabila menantunya, Tya Arifin banyak membantu dan memberi tunjuk ajar mengenai penyusuan yang betul.
“Dia dah macam cikgu dan mentor saya. Dia yang ajar saya bagaimana melakukannya dengan betul.
“Alhamdulillah, selalu ibu yang ajar anak tapi untuk saya speciallah sikit. Tya yang ajar saya,” jelasnya.
Pelantun lagu Jaga Dia Untukku ini selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.
Bayi itu kemudian dinamakan sebagai Siti Aafiyah sekali gus menggantikan nama gelaran Fatimah Az-Zahra yang digunapakai sepanjang seminggu tempoh kelahirannya.
Sumber: http://majalahpama.my
Post a Comment