Misteri kehilangan seorang lelaki yang tiba-tiba ‘ghaib’ selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Jenaris, di sini, terjawab apabila mayatnya ditemui di belakang perhentian bas di Sekolah Rendah Agama Sri Kantan 3, di sini, hari ini.
Mayat Mangsa Kemalangan Yang Ghaib Ditemui |
Difahamkan mayat mangsa yang juga jurugambar bebas dikenali sebagai Shafiq, 33, ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.
Menurut kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, ahli keluarga Shafiq dimaklumkan mengenai penemuan kereta PERODUA Myvi miliknya kira-kira 500 meter dari kediamannya di Desa Sri Jenaris, di sini.
Katanya, bagaimanapun pemeriksaan ahli keluarga mendapati mangsa tiada di dalam kenderaan itu.
ARTIKEL MENARIK: (Video Dan Gambar) Pokok Besar Tumbang Depan KLCC, Dua Penunggang Motosikal Cedera Parah
loading...
“Ahli keluarga Shafiq kemudian cuba mencarinya di kawasan sekitar, namun tidak berjaya menemuinya.
“Kira-kira jam 8 pagi itu, ahli keluarganya dimaklumkan dia ditemui meninggal dunia di belakang perhentian bas berhampiran sekolah rendah terbabit,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Kajang, di sini, hari ini.
Kenalan mangsa turut memaklumkan ada pihak yang mendakwa menemui Shafiq dalam keadaan tersandar di perhentian bas kira-kira jam 5 pagi tadi.
“Berdasarkan keadaan kereta mangsa yang kemek teruk di bahagian depan akibat kemalangan itu, agak mustahil dia boleh berjalan kaki ke perhentian bas berkenaan sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian.
Eberita.org.
Post a Comment