KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan, meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap segelintir wanita yang suka merampas suami orang lain.
“Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia” – Che Ta sindir perampas suami orang |
“Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia” – Che Ta sindir perampas suami orang
Sambil mengakui anti dengan golongan sebegitu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 45, juga tidak faham mengapa ada perempuan sanggup menghancurkan hati wanita lain.
“Kalau ada pilihan untuk mengahwini lelaki bujang, mengapa perlu mencari suami orang? Saya memang tak boleh terima jika ada wanita yang sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain.
ARTIKEL MENARIK: "Itu Adalah Suami Saya," Fatin Afeefa Dituduh Tidur Dengan Suami Orang? Wanita Ini Dedah Bukti
loading...
“Bagi wanita yang bermadu atau suaminya dirampas orang lain, jangan lagi dikenang perkara yang lalu.
“Kena teruskan hidup kerana Tuhan akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Projek Perumahan Tunas Homes & Tunas Boulevard di sini, hari ini.
Pada pertanyaan, apakah reaksinya jika ada pihak cuba untuk menggugat keharmonian rumah tangganya, sambil bergurau, pelakon Kiah Pekasam ini berkata wanita itu memang sengaja mencari nahas.
“Kalau perempuan itu berani, cubalah! Saya akan koyakkan mulut dia,” katanya sambil tertawa.
Terdahulu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini pernah memuat naik status di laman sosialnya yang secara terang-terangan menyindir golongan wanita yang merelakan diri menjadi orang ketiga.
Sumber: Bharian
Post a Comment