Isteri Mengamuk, Belasah Perempuan Simpanan Suami Depan Orang Ramai

Isteri Mengamuk, Belasah Perempuan Simpanan Suami Depan Orang Ramai

SEORANG wanita naik angin terhadap seorang wanita lain yang dikesan sebagai perempuan simpanan suaminya.

Isteri Mengamuk, Belasah Perempuan Simpanan Suami Depan Orang Ramai
Isteri Mengamuk, Belasah Perempuan Simpanan Suami Depan Orang Ramai

Wanita berkenaan, dari Tangshan City di Wilayah Hebei China Utara menggenggam rambut wanita yang didakwa perempuan simpanan itu sambil menelefon suaminya, meminta dia datang untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Orang ramai mendekati wanita itu untuk merakamkan insiden tersebut yang mengejutkan mereka.

ARTIKEL MENARIK: Kau Dah Kenapa Bogel Dalam Pesawat? Bangla Ditahan Selepas Menimbulkan Kekecohan Dalam Pesawat

loading...

Sepanjang serangan, perempuan simpanan itu hanya duduk di atas tanah di sebelah kereta wanita yang mengamuk.


Dia yang menelefon suaminya yang dipanggil penipu, didengar berkata: "Suami, awak di mana? Datang sini. Saya dah tangkap dia, datang cepat!"

Sebelum mematikan perbualan dia menambah: "Saya dekat Menara Jin Mao."



Dalam keadaan marah isterinya kemudian mula memukul kepala wanita simpanan yang menangis teresak-esak itu sambil menjerit.


"Beritahu semua orang siapa kamu. Beritahu mereka kamu perempuan simpanan. Beritahu mereka!"

Wanita itu dalam keadaan tidak berdaya hanya menurut arahannya dan mengaku 'saya seorang perempuan simpanan'.

Wanita yang mengamuk itu kemudian beralih kepada orang ramai, yang mana kebanyakannya geli hati dengan insiden itu sambil mengumumkan: "Ini adalah perempuan simpanan. Dia seorang peruntuh rumahtangga. Tiga tahun dia bersama pasangan saya."

Dapat dilihat mangsa memohon belas kasihan, namun rayuannya hanya dibalas dengan cemuhan.

Rakaman ini telah tular, dengan ramai orang yang menawarkan pendapat peribadi mereka.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post