KUALA LUMPUR: “Siapa yang tidak malu jika terpaksa bersanding sendirian tanpa suami tersayang di sisi, namun sebagai menantu pertama, saya perlu mengetepikan semua itu demi keluarga.”
Isteri Bersanding Seorang Diri Tanpa Suami Abang Bomba, Pihak Bomba Tampil Beri Penjelasan Sebab Suaminya Tidak Dapat Pelepasan Cuti, Oic!!! |
Nama Badriyah Amirullah, tiba-tiba menjadi sebutan selepas kisahnya yang bersanding seorang diri pada kenduri menyambut menantu di Teluk Intan, Ahad lalu, tersebar di media sosial.
Ketika dihubungi, wanita kelahiran Johor Bahru itu berkata, pada awalnya, beliau tidak mahu memakai baju pengantin dan bersanding, namun bertindak sebaliknya demi suami dan keluarga.
“Suami ada berpesan, seandainya dia tidak dapat balik, jadilah pengantin seperti biasa kerana saudara-mara serta rakan sebelah keluarga mentua ramai yang hadir pada hari kenduri berkenaan,” katanya.
Badriyah berkata, suaminya, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, tiada pada majlis itu kerana tidak mendapat pelepasan cuti.
ARTIKEL MENARIK: Wanita Ini Sangkakan Ada Bayi Dalam Perutnya. Tetapi Selepas Dibedah, Apa Yang Doktor Temukan Sungguh Mengerikan..
loading...
Mohamad Syaiful Izwan sedang menjalani latihan sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di Terengganu. Beliau dijangka menamatkan latihan pada Julai depan sebelum ditempatkan di balai bomba yang ditugaskan.
“Kita mendapat berita suami tidak dapat pelepasan, saya hampir menangis di depan keluarga mentua. Ibu bapa mentua pujuk dan tenteramkan saya, meminta saya bersabar serta kuat fizikal mental memandangkan semua perancangan untuk majlis sudah siap sepenuhnya.
“Ketika tiba di lokasi majlis, semua tetamu kelihatan tertanya-tanya ke mana pengantin lelaki. Saya gagahkan diri untuk berjalan di depan orang ramai menuju ke meja makan beradab. Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya.
“Mujur juga pengacara majlis membuat pengumuman Syaiful tidak dapat hadir kerana mengikuti latihan dan tidak mendapat pelepasan.
“Apapun, saya bertuah kerana ibu dan bapa mentua sentiasa ada bersama. Tanpa sokongan keluarga mentua, saya tidak mungkin mampu meneruskan hingga majlis tamat,” katanya yang bertugas sebagai pembantu keselamatan kilang di Johor Bahru.
Pasangan itu yang masing-masing berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga pada 18 November lalu. Majlis di sebelah pihak perempuan di Kampung Melayu Majidee, Johor, diadakan pada hari sama.
Pada masa sama, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, beliau sekeluarga berharap orang ramai tidak menyalahkan pihak bomba kerana tidak memberi pelepasan cuti kepada suaminya.
“Saya amat memahami tuntutan yang perlu dilalui suami untuk menjadi anggota bomba. Kami sekeluarga gembira kerana suami dipilih untuk berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Saya anggap itu semua sebagai persediaan. Mungkin lebih banyak cabaran yang menanti saya sebagai isteri seorang anggota bomba.
“Apapun, kenangan bersanding sendirian, tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” katanya.
Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah (Bahagian Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid, ketika dihubungi berkata, pelepasan cuti tidak diberikan kepada pelatih, kecuali untuk kes kecemasan atau kematian ahli keluarga terdekat membabitkan ibu bapa, isteri atau anak.
“Pelatih tidak diberikan cuti kerana kehadiran mereka sepanjang tempoh latihan adalah antara kriteria yang akan diberi penilaian, selain disiplin.
“Semua ketetapan berkenaan adalah mengikut keperluan standard MS ISO 9001: 2015 dan turut tercatat dalam peraturan sedia ada.
“Jadi, dalam hal ini, apa-apa pelepasan termasuk untuk berkahwin atau bersanding sekali pun tidak akan diberikan,” katanya ketika dihubungi.
Mohammad Hamdan berkata, KSSK adalah kursus asas wajib dihadiri untuk pelatih kadet Pegawai Bomba Gred KB19 manakala KDSK untuk kadet Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 dan KDLSK bagi pelatih kadet Penguasa Bomba Gred KB41.
Beliau berkata, tempoh KSSK dilaksanakan adalah selama empat bulan setengah manakala KDSK lebih lama iaitu enam bulan dan KDLSK selama sembilan bulan.
“Selepas selesai latihan, pelatih akan ditempatkan di balai bomba yang mempunyai statistik kes kebakaran tertinggi sebagai salah satu latihan dalam program penempatan operasi.
“Semua latihan berkenaan penting sebagai persediaan untuk transformasi pelatih daripada orang awam kepada anggota penyelamat dan daripada zero kepada hero,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Antara hari yang paling membahagiakan bagi setiap pasangan mestilah apabila diraikan sebagai raja sehari. Pada hari tersebut, pengantin dipakaikan busana cantik dan dilayan bak raja sehari. Kami percaya itu adalah momen yang paling ditunggu-tunggu.
Namun, bagi wanita ini dia terpaksa bersanding seorang diri kerana suami tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba. Dapat tahu last minute pula tu! Walaubagaimanapun majlis tetap berjalan lancar dan meriah dengan sokongan keluarga yang lain.
Paling sedih
Tweet yang dikongsi seorang individu di Twitter ini mendapat 4.3k retweet dan 2.1k likes. Di ruangan balas ramai yang turut bersedih melihat wanita tersebut tetap tabah melayani tetamu dan saudara mara.
Meskipun tanpa kehadiran pengantin lelaki majlis bertandang tetap berjalan lancar dan meriah.
Tabahnya pengantin
masa ceq masuk jaa balai, time ni semua tetamu pandang ceq yunk.. semua tertanya-tanya kenapa ceq seorang? mana ang pi?!
sampai laa emcee tu habaq, ang sedang berkhidmat untuk negara.. sebagai anggota bomba, di #akademibombawakaftapai terengganu.. kerana pelepasan ang dibekukan pada last minit.. ceq pun tatau dah apa yang ceq rasa time tu..
lepas tu ceq tengok muka abah dan ummi, depa senyum kat ceq.. ceq kuatkan semangat tuk berjalan kat depan orang ramai sampai laa ke meja beradap..
percayalaa yunk, ceq terasa ang ada bersama disisi. terima kasih kerana semua ni kita sama-sama belajar untuk cekalkan hati masing-masing!
#memoriesinourlife #bsjourney
#memoriesinourlife #bsjourney
Sumber : shafinasofians , badriyahamir
Kredit: OhBulan via Beritasteady
Post a Comment