Mana-mana perkahwinan pun, akan ada gelombang dan pergolakan. Nasihat saya, bincang dan cari jalan penyelesaian sebaik-baiknya,” begitu ulasan penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ketika diminta mengulas kes rumah tangga melibatkan penyanyi, Ziana Zain.
Ini Nasihat Dari Seorang ‘Abang’ Dari Datuk Yusof Haslam Kepada Ziana Zain |
Bagaimanapun nasihat yang diberi hanya nasihat antara seorang abang kepada adik, sementelah lagi sudah mengenali baik Ziana sejak penyanyi dan pelakon tersebut belum berkahwin lagi.
ARTIKEL MENARIK: Buat Report Tak Betul.. "Datuk" Farid Kamil Bakal Meringkuk Dalam Penjara Selama 3 Tahun Jika Sabit Kesalahan
loading...
“Saya kira nasihat ini dari seorang abang kepada adik, malah kalau anak saya menghadapi masalah rumah tangga pun, ini nasihat serupa yang akan saya beri.
“Sepanjang saya mengenali Ziana, saya lihat dia sebagai pasangan yang bahagia. Tak ada cerita kurang enak mengenai rumah tangganya diperkatakan.
“Kita kalau berkahwin, seboleh-bolehnya mahu perkahwinan itu kekal hingga ke Jannah. Tapi saya juga percaya, dia lebih tahu apa yang dilaluinya.
“Saya doakan yang terbaik buat Ziana, semoga dia kuat dan tabah berdepan dengan ujian ini. Saya juga berharap kenyataan saya ini tidak akan melukakan sesiapa,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Post a Comment