Ini Luahan Hati Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa Kerana Mencederakan Anak

Ini Luahan Hati Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa Kerana Mencederakan Anak

“SAYA perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah SWT,” demikian kata Ziana Zain berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa pagi tadi, kerana mencederakan anak lelaki mereka, pada 25 Februari lalu.

Ini Luahan Hati Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa Kerana Mencederakan Anak
Ini Luahan Hati Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa Kerana Mencederakan Anak
Dalam nada sebak, Ziana berharap semua pihak terutama peminat faham dengan situasi yang sedang dihadapinya.

Terdahulu, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

ARTIKEL MENARIK: Kecoh Pasal Siti Nurhaliza Bakal Lahirkan Anak Secara Pembedahan. Ini Sebabnya Yang Sebenar

loading...

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Ziana yang mencipta populariti sejak 1991 dengan rangkaian lagu dan album hit, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.

Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

Raja Noor Adilla kemudian menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

https://sehinggitmedia.blogspot.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post