"Hati Saya Terlalu Berat" - Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan

"Hati Saya Terlalu Berat" - Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan

PENYANYI, Elyana, 31, terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana tidak mahu penyakit dihidapinya memberi kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

"Hati Saya Terlalu Berat" - Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan
"Hati Saya Terlalu Berat" - Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan
Menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat, Elyana mengaku amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu, kira-kira dua minggu lalu.

"Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil.

"Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil.

ARTIKEL MENARIK: “Rita Hanya Bagi Nasihat, Tak Sentuh Pun Hal Izreen” - Nazia Mustafar

loading...

"Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti," katanya memetik laporan Berita Harian.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu turut berkata, dia terlebih dulu merujuk kepada ustaz sebelum menggugurkan kandungannya itu.

Katanya, dia tidak sedar dirinya hamil sehinggalah kesihatannya merosot teruk.

"Saya langsung tidak boleh menjamah makanan sampaikan hendak telan roti pun tidak mampu. Bagaimanapun, saya kena makan juga kerana terpaksa menelan 28 biji ubat sehari, setiap empat jam.


"Melihat keadaan yang tidak bermaya, saya melakukan pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Begitupun, saya terpaksa menggugurkannya kerana bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi.

"Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat," tambahnya.

Pada awal 2016, Elyana pernah keguguran apabila mengandung di luar rahim.

Elyana yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin, 42, pada November 2010, dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, pada Ogos 2011.

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post