"Duit Tambang Saya Tak Cukup, Ni Je Saya Ada Pakcik", Kisah Menyentuh Hati Pemandu Bas Buat Netizen Sebak..

"Duit Tambang Saya Tak Cukup, Ni Je Saya Ada Pakcik", Kisah Menyentuh Hati Pemandu Bas Buat Netizen Sebak..

Masih ramai lagi orang yang bertimbang rasa dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di Philippines.

"Duit Tambang Saya Tak Cukup, Ni Je Saya Ada Pakcik", Kisah Menyentuh Hati Pemandu Bas Buat Netizen Sebak..
"Duit Tambang Saya Tak Cukup, Ni Je Saya Ada Pakcik", Kisah Menyentuh Hati Pemandu Bas Buat Netizen Sebak..
Status dilaman Facebook milik seorang wanita bernama Jonee Canada telah mendapat 30,000 likes dan lebih 5,000 shares selepas berkongsi pengalamannya berdepan dengan satu situasi yang menyentuh hati dan menarik ribuan perhatian netizen.


Menurut Canada, dia telah menyaksikan pengembaraan pertamanya mengembara disekitar Calamba - Binan Hiway dengan satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Selama perjalananya menaiki pengangkutan tersebut, terdapat seorang kanak-kanak lelaki duduk dihadapannya berpakaian sekolah dengan muka yang sugul.

ARTIKEL MENARIK: Gurauan Makan BABI Cetus KEMARAHAN Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

loading...

Datang pemandu bas tersebut untuk mengutip tambang, namun reaksi kanak-kanak tersebut meruntun hatinya.


"Pak cik, wang tambang saya tidak cukup dan hanya ini sahaja yang saya ada."

"Itu sahaja yang kamu ada?" tanya pemandu bas itu semula.

"Kamu simpan sahaja duit itu dan gunakan untuk perkara yang lebih penting. Jangan bergaduh dengan rakan sekelas yang lain" kata pemandu bas itu.


Kanak-kanak tersebut tersenyum girang. Riak muka kanak-kanak itu tanpa sengaja membuatkan hati Canada tersentuh sehingga mengalirkan air mata. Dia berharap agar ramai lagi yang mempunyai sikap berperikemanusian seperti pemandu bas ini.

"Saya hormat kamu encik, walau siapa pun awak terima kasih kerana telah menyedarkan kami masih ada kebaikan di dunia ini dan membuatkan hati kami tersentuh."




Sumber: Facebook Jonee Canada


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post