‘Dia Akur Kehendak Suami’ – Ani Mayuni Dedah Intan Berhenti Kerja Demi Ude, Tetapi Akhirnya…

‘Dia Akur Kehendak Suami’ – Ani Mayuni Dedah Intan Berhenti Kerja Demi Ude, Tetapi Akhirnya…

Kemelut rumah tangga yang dihadapi Intan Liana, bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda mendapat perhatian meluas media. Rata-rata melahirkan rasa simpati kepada Intan yang terpaksa mengharungi ujian itu dan ditinggalkan terkontang-kanting dengan 2 cahaya mata.

‘Dia Akur Kehendak Suami’ – Ani Mayuni Dedah Intan Berhenti Kerja Demi Ude, Tetapi Akhirnya…
‘Dia Akur Kehendak Suami’ – Ani Mayuni Dedah Intan Berhenti Kerja Demi Ude, Tetapi Akhirnya…
Perkara berkenaan turut menarik perhatian penyanyi dangdut 90-an, Ani Mayuni yang tidak ketinggalan memberi pandangannya mengenai apa yang berlaku kepada wanita kuat itu.

ARTIKEL MENARIK: ‘Semoga Allah Pelihara Hati Kita Dari Menjadi Mereka Yang Gembira Di Atas Kesedihan Orang Lain’ – Farah Lee

loading...

Akur permintaan suami berhenti kerja


Dalam pos Instgramnya, Ani Mayuni menyatakan sokongan kepada Intan dan berterima kasih kepada warga media sosial yng tidak putus-putus membuat perkara sama. Menurut Ani, Intan berhenti kerja kerana menurut permintaan Ude Wahid setelah bergelar suami isteri.

Terima kasih pada semua netizen kerana anda semua pemberi sokongan dan kekuatan buat dia yang bernama intan. Dulu sebelum berkahwin dia mempunyai kerjaya, apabila kahwin suami tak mengizinkan adik saya ni bekerja. Jadi dia akur dengan kehendak suami.

Siapa nak sangka dalam sekelip mata jadi begini dalam hidup dia. Dia redha dan sanggup bermadu, tapi dah sang suami TIADA HATI. Akak doakan semoga adik kuat, percaya pada yang SATU dia dah atur sesuatu yang terbaik buat adik.

Khabarnya sekarang ini banyak produk nak amik adik jadi duta???? Tahniah dari akak. Kau sangat cantik dik. Jangan toleh belakang dah. Sentiasa senyum walaupun perit. Hug and kiss for u.

Sangat sayang Ude walau diduakan


Menurut Ani lagi, dia yang sudah lama mengenali Intan berkata dia tahu Intan sangat menyayangi si suami walaupun berhadapan dengan kekecewaan apabila Ude didapati bernikah buat kali kedua dengan Izreen.

Sepanjang mengenali Intan, saya tahu dia seorang yang sangat baik malah begitu menyayangi Ude sebagai suami.

Walaupun terluka dengan pernikahan kali kedua Ude pun, dia masih lagi mahu mempertahankan rumah tangga mereka sehingga suaminya memfailkan perceraian di mahkamah.

Berat betul dugaan yang dia terima sebagai isteri, tapi saya percaya dia mampu menghadapinya kerana Intan seorang yang sangat kuat.


Lama kenali Intan, Ude


Ujar Ani lagi, dia sudah lama mengenali pasangan itu kerana kakak Intan adalah pengurusnya sejak mula menyanyi lagi. Malahan, dia juga kenal dengan Ude sejak zaman bujang kerana suaminya dan bapa Ude adalah rakan sekerja. Apabila berlaku kes sebegitu, dia sebagai kakak sudah tentunya terkesan atas apa yang berlaku.

Sumber: Sinar Harian via Ohbulan.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post