"Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja"- Uji Rashid Terus Diuji

"Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja"- Uji Rashid Terus Diuji

Insan yang bernama Uji Rashid sememangnya membuatkan dirinya diuji sepanjang hidup.

"Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja"- Uji Rashid Terus Diuji
"Cico Buta Huruf, Tak Mampu Bekerja"- Uji Rashid Terus Diuji
Penyanyi popular 70-an ini terpaksa mengharungi banyak dugaan dan ujian antaranya kini dia tinggal bersama-sama anak lelaki, Cico Harahap dan cucunya, Rindu Norfitrah apabila dipaksa keluar dari rumah dek tidak mampu membayar sewa.

ARTIKEL MENARIK: ‘Poligami Tak Salah, Yang Salah Bila Tamak..’ - Datin Red

loading...

1.jpg

Tatkala memandang pada kehidupan hari tuanya yang dihimpit kesusahan, timbul persoalan kemampuan anak tunggalnya, Cico Harahap atau Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 39, untuk membantu keluarga. Pada tidak mengenali lebih rapat Uji, mesti ramai hairan kenapa Cico bergantung terus pada ibunya.


2.jpg

Menurut temubual Uji bersama Utusan Online, dia meminta agar jangan terus mencari salah anak tunggalnya.

“Memang itu yang saya harapkan apabila saya tua seperti ini agar anak saya menggalas tanggungjawab untuk menjaga saya. Tetapi itu hanya perancangan saya, yang menentukan kuasa Allah.

Cico Tak Boleh Membaca

Uji turut berkongsi kesedihan terhadap perubahan anaknya selepas terkena penyakit misteri yang mengakibatkan Cico tak boleh bercakap dan membaca.

“Selepas terkena penyakit misteri, kehidupan anak saya tidak seperti orang lain. Tidak boleh membaca dan bercakap adalah sebahagian daripada penyakit yang dihidapi. Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa,” kongsinya.

Cico Menghidapi Penyakit Misteri

Mungkin ramai yang tidak tahu perkembangan Cico yang difahamkan telah dianiaya sehinggakan dia sakit termasuk sukar untuk bercakap. Sebelum Uji ada membuat temubual eksklusif bersama Hangat.com. Dia berkongsi perkembangan mengenai keadaan kesihatan anaknya yang kini menjalani rawatan Islam.

Selain itu Cico juga menjalani rawatan terapi dan menjaga diet pemakanan yang teratur bagi memulihkan kesihatannya.

Sumber: Hangat.com


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post