Kontroversi selebriti berstatus ‘Datuk’ (Farid Kamil) kembali lagi apabila dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, di atas tuduhan membuat laporan polis palsu.
Buat Report Tak Betul.. "Datuk" Farid Kamil Bakal Meringkuk Dalam Penjara Selama 3 Tahun Jika Sabit Kesalahan |
Kesalahan itu didakwa dilakukan 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.
ARTIKEL MENARIK: [Video] 'Baem, Kenapa Baem Sayang Abah?' - Jawapan Jujur Baem Buat Aliff Syukri Terkejut
loading...
Farid Kamil Zahari, yang menghadapi lima tuduhan kes jenayah sebelum ini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret.
Pelakon dan pengarah berusia 37 tahun itu dilihat tenang di dalam kandang tertuduh dan berkata: ‘saya mengaku tidak bersalah‘.
Terdahulu, Farid tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya 10 pagi ditemani adiknya, Fadzil Zahari dan kes itu disebut 11.30 pagi.
Mahkamah membenarkan Farid diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.
Sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.
Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.
Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.
Sementara itu, peguam Datuk Farid Kamil mempersoalkan bagaimana pihak media mendapat maklumat lebih awal berhubung pertuduhan terbaharu terhadap anak guamnya itu.
Peguam Faizul Mohd Nasir berkata, Farid yang juga pelakon dan pengarah terkenal hanya mengetahui dia bakal dituduh kerana membuat laporan polis palsu melalui Twitter.
Sumber: http://www.infokini.my
Post a Comment