‘Biar Bumi Telan Kak Uji’- Uji Rashid Malu Dengan Masyarakat

‘Biar Bumi Telan Kak Uji’- Uji Rashid Malu Dengan Masyarakat

Sebelum ini kami telah menyiarkan artikel dimana berita Primadona Uji Rashid telah diusir keluar dari kediamannya di Ampang sehingga terpaksa meminta bantuan untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

‘Biar Bumi Telan Kak Uji’- Uji Rashid Malu Dengan Masyarakat
‘Biar Bumi Telan Kak Uji’- Uji Rashid Malu Dengan Masyarakat


ARTIKEL MENARIK: Pernah Gagal? Datuk Fazley Tayang Keputusan SPMnya Di Instagram

loading...

Bukan Diusir Keluar

Namun begitu, menurut pengurusnya Kit Rushuhaimin berita tersebut telah disalah anggap dan Uji dikatakan terpaksa menanggung malu selepas tersebarnya berita itu. Tambahnya juga terdapat kesilapan dan salah faham dalam kenyataan yang diberikan pada akaun Facebook menteri berkenaan selepas tularnya berita itu.
Katanya juga, Uji Rashid masih menetap di kediaman yang sama, namun mengakui kelewatan membayar sewa rumah itu membuatkan dia digertak agar mengosongkan rumah berkenaan.


Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omarmenerusi laman Facebook nya telah mendedahkan penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menurut Noh, Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dipercayai kerana gagal membayar sewa.
“Dia masih tinggal di sana, cuma apa yang diberitahu ialah sering lewat membayar sewa membuatkan dia digertak untuk kosongkan rumah.Pihak menteri juga sudah menghubungi saya dan menyatakan permohonan maaf terhadap perkara berkenaan,”

Uji Makin Malu



Uji ketika zaman remaja nya

Menurut Kit juga, Uji kini terlalu malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana masyarakat mula memandang serong terhadap kehidupannya kini. Beliau juga semakin tertekan apabila pelbagai pihak cuba menghubunginya bagi bertanyakan hal berkenaan.
“Dia terduduk semalam selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai. Dia kata kepada saya, biar bumi telan kak Uji daripada dia hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya, lagi pula dia perlu ke hospital pada hari Khamis sehari selepas berita itu tersebar. Anaknya Cico juga sedang sakit dan banyak duit dihabiskan untuk pembiayaan rawatan Cico,”
Bertabahlah Uji! Mungkin ini adalah ujian daripada-Nya dan mana tahu selepas ini akan ada ramai lagi yang bakal membantu. Sama – sama kita doakan.
Sumber Mstar Online  Via hangat
via The Reporter
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post