Berang Pekerja Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri, Majikan Langgar Dan Gilis Pekerja Berulang Kali Dengan Pacuan 4 Roda Hingga Mati..

Berang Pekerja Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri, Majikan Langgar Dan Gilis Pekerja Berulang Kali Dengan Pacuan 4 Roda Hingga Mati..

BANGKOK: Pemilik kedai getah di Narathiwat ditahan selepas dirakam melanggar dan menggilis seorang pekerjanya yang sedang menunggang motosikal dengan sebuah trak.

Berang Pekerja Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri, Majikan Langgar Dan Gilis Pekerja Berulang Kali Dengan Pacuan 4 Roda Hingga Mati..
Berang Pekerja Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri, Majikan Langgar Dan Gilis Pekerja Berulang Kali Dengan Pacuan 4 Roda Hingga Mati..

Komander Balai Polis Sungai Golok di Narathiwat, Pol Colonel Prayut Wongsanti berkata, Saroj Lee, 40 ditahan dan didakwa kerana membunuh tidak lama selepas kamera keselamatan berjaya merakam insiden yang berlaku di depan kedainya pada Selasa.

Pekerja yang maut bernama Mada-oh Maba, 39.


ARTIKEL MENARIK: Bapa Penggal Kepala Anak Sehingga Maut

loading...

Saroj mengaku dikatakan berang terhadap mangsa yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isterinya membuatkan dia mengejar pekerjanya itu sebaik terlihat mangsa menunggang motosikal dan melintasi trak yang dipandunya.

1.jpg

Rakaman yang dirakam pada pukul 11.04 pagi Selasa menunjukkan Mada-oh menunggang motosikal di Looksua Anusorn 2 Road di Tambon Sungai Kolok dan disusuli oleh sebuah trak.



Trak tersebut kemudiannya melanggar motosikal berkenaan mengakibatkan mangsa terpelanting di depan kedai getah Saroj.

2.jpg

Pemandu trak itu turut kelihatan membuka pintu di tempat duduk pemandu untuk melihat keadaan penunggang tersebut yang terbaring di atas jalan.

Ketika itu, seorang lagi pekerja kedai tersebut, Abdullah Ma, 22, berlari untuk menarik ke tepi penunggang motosikal terbabit, namun trak itu dilihat mengundur dan maju ke depan untuk menggilis mangsa dengan kelajuan maksimum. 

Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post