Pada penghujung Februari yang lalu, rata-rata warganegara sudah memperoleh imbuhan Bantuan Rakyat 1 Malaysia dari pihak kerajaan.
“Baru Dapat Duit BR1M, Takkan Dah Habis?”, Sindiran Pegawai Ini Undang Kritikan Netizen |
Apa yang kami ingin kongsikan pada hari ini ialah situasi di mana seorang lelaki yang ingin meminta bantuan zakat dari majlis zakat negeri diberi sindiran ‘pedas’ oleh salah seorang pegawai di situ.
Status yang dimuat naik oleh seorang netizen ini menimbulkan ‘rasa bengang dan panas’ di kalangan netizen yang membacanya.
ARTIKEL MENARIK: "Duit Tambang Saya Tak Cukup, Ni Je Saya Ada Pakcik", Kisah Menyentuh Hati Pemandu Bas Buat Netizen Sebak..
loading...
Babak Sedih Di Kaunter ZAkat Maidam Kuala Terengganu
Hari ini kebetulan pergi ke MAIDAM Zakat Kuala Terengganu. Saya ada ternampak seorang lelaki melayu, seperti dalam kesusahan & menahan kesakitan.
Dengan keadaan tangannya bersemen kerana patah terlibat dalam kemalangan, telah pergi ke kaunter zakat maidam bertanyakan tentang “bantuan wang zakat iaitu wang segera”.
Maka datang seorang pegawai lelaki bercermin mata, lalu bertanya jika ada apa-apa yang dapat dibantu. Lalu lelaki ini cerita akan masalahnya, pegawai tersebut menyuruh mengisi borang bantuan.
Lelaki tersebut memohon bantuan wang segera untuk dia menampung perbelanjaan nya. Tapi yang saya sedih dan geram, pegawai tersebut berkata :
“baru dapat Brim, dok kan habis doh…!? orang lain okey je…tak mari mintak. Baru dapat Brim, jadi bantuan wang segera tak ada !!”
MasyaAllah, saya dengar pun terkejut. Itu ke cara seorang penjawat awam lebih lagi berkerja dengan jabatan agama islam.
Kawan tu dengan bawak surat hospital. Haram! pun tak tengok. Dia buat macam kawan tu mintak duit poket dia atau duit gaji dia. Apa salah nya tengok dulu.
Kamu tahu ke masalah dia orang? Orang datang dengan “tangan bersemen” dah sah patah, macam mana dia nak cari rezeki?
Setahu saya duit Maidam Zakat untuk tolong orang islam, yang ada cukup syaratnya. Ke golongan orang macam mana baru layak?
Sedih saya tengok seorang Islam memperlakukan sedemikian rupa pada orang fakir. Walau siapa pun dia, fikirlah!.
Mereka juga mempunyai maruah dan harga diri. Kalau bukan di situ kemana lagi, tempat yang layak pergi memohon bantuan?
Kuil Hindu, Tokong Cina atau pun Gereja? Pada siapa lagi.
Bukan lelaki itu meminta beratus atau beribu Ringgit . Setahu saya bantuan wang segera yang selalu dapat hanya RM50 sahaja. MasyaAllah.
Ni komen netizen..
Sebenarnya siapa pun kita dan dimana sahaja kita berada, budi bahasa itu perlu diutamakan. Bak kata orang bersikap profesional dalam apa jua keadaan dan situasi yang sedang berlaku.
Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada semua penjawat awam di luar sana.
Sumber: Din Abu Seman via https://amazingnara.com
Post a Comment