Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Jiwa mengakui beliau telah memendam impian untuk memiliki cahaya mata perempuan sejak sekian lama.
Akhirnya Dato K Bersuara.. “Ada Satu Bilik Kosong, Akhirnya Kini Dihuni” – Alhamdullillah |
Kata Datuk K, 18 tahun dia berdoa untuk dikurniakan zuriat perempuan akhirnya kelahiran Siti Aafiyah 19 Mac lalu menjawab doa-doanya.
“Setelah sekian lama, doa-doa saya dimakbulkan Allah.
ARTIKEL MENARIK: Rezeki Berganda, Sufian Suhaimi Dapat Tawaran Sambung PhD
loading...
“Jika Siti menunggu selama 11 tahun, saya pula sudah menunggu lebih 18 tahun untuk memiliki cahaya mata perempuan.
“Malah, selepas rumah ini siap semua anak saya dapat satu bilik setiap seorang tetapi tinggal satu lagi bilik kosong yang tidak dihuni.
“Kalau dulu bilik itu diguna Siti untuk menyimpan beg tangannya sekarang bilik itu milik Siti Aafiyah,” kata Datuk K berseloroh.
Datuk K dan Siti ditemui pada majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik Siti Aafiyah di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K dikurniakan empat cahaya mata lelaki, Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.
Puteri tunggal Datuk K, Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan ibu kota.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ctdk
Sumber: Gempak
Post a Comment