Air Mata Intan Tumpah Bakal Diceraikan Ude

Air Mata Intan Tumpah Bakal Diceraikan Ude

AMPANG: Selepas enam bulan hidup bermadu dengan pelakon Izreen Azminda, keadaan rumah tangga Intan Liana Saleh dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sukar diselamatkan lagi.

Air Mata Intan Tumpah Bakal Diceraikan Ude
Air Mata Intan Tumpah Bakal Diceraikan Ude

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November 2017.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

ARTIKEL MENARIK: Masjid Suami Izreen Azminda Dengan Isteri Pertama Bakal Roboh

loading...

Hakim Syarie, Shaiful Jamaludin menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

intan.jpg

Sebak juga melihat tangisan Intan ini. Sabarlah ya!

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Intan, 33, hadir ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Intan kelihatan menitiskan air mata.

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

mStar Online pada 30 November tahun lalu melaporkan Intan sanggup menerima Izreen sebagai madunya.

Wanita itu mendakwa dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan Izreen dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

ude.jpg

Kelihatan Ude bersama peguamnya Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain hadir ke mahkamah.


Menurut Izreen pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun 2017 atas permintaan Ude.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan pula telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post