Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penderaan kejam terhadap seorang amah berasal dari Indonesia, Adelina yang baru berusia 21 tahun.
7 Kisah Penderaan ‘Amah’ Paling Kejam Yang Pernah Mengejutkan Negara!! Bila Benda-Benda Begini Akan Berhenti??!Katakan Tidak!! |
Kisah tragis kematian amah ini mengingatkan kita kembali akan beberapa kes penderaan yang pernah berlaku kepada pembantu rumah warga Indonesia yang ada di antaranya telah didera, dirogol dan diperlakukan seperti binatang oleh majikan yang tidak berhati perut.
ARTIKEL MENARIK: Tersalah Hantar Gambar Di Bilik Persalinan Kepada Bapa Enam Anak, Ini Balasan Wanita Ini Dapat! Sangat Tak Sangka
loading...
Berikut kami senaraikan tujuh kisah penderaan amah kejam yang pernah mengejutkan negara satu masa dahulu:
1. Nirmala Bonat (2004)
Tiada sesiapa yang dapat melupakan kisah Nirmala Bonat yang telah didera majikannya, bekas pramugari bernama Yim Pek Ha pada tahun 2004. Apa yang dilakukan Yim Pek Ha kepada Nirmala disifatkan sebagai sangat keterlaluan.
Mangsa yang bekerja sebagai amah di rumah majikannya dekat Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur itu telah ditekap kedua-dua belah payudaranya dengan seterika yang panas. Selain di payudara, Nirmala juga telah dilecurkan di bahagian belakang badan dan kerap diketuk dengan cawan besi di dahi.
Sepanjang bekerja dengan Yim Pek Ha, mangsa bukan sahaja mengalami penderaan fizikal namun emosinya juga trauma dan terganggu. Walau bagaimanapun, Nirmala akhirnya diselamatkan dan kesnya telah mendapat liputan media yang meluas serta simpati masyarakat sehinggakan ada yang memberi bantuan derma buatnya dalam jumlah yang besar daripada rakyat Malaysia.
Kes ini berkesudahan dengan majikannya dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM129,147.20 kepda Nirmala selepas didapati bersalah.
2. Siti Hajar (2009)
Seteguh namanya, begitulah teguh juga hati Siti Hajar dalam melalui penderitaan melampau akibat penderaan yang telah dilakukan majikan terhadap dirinya. Hanya kerana tidak memicit badan majikannya dengan kuat, Siti Hajar Sadli telah dicurah air panas, diketuk dengan tukul besi dan kakinya dicucuk dengan gunting.
Ketika mangsa diselamatkan, wajahnya penuh dengan kesan lecur, berkudis, bernanah dan penuh dengan luka akibat disimbah dengan air panas oleh majikannya yang bernama Hau Yuan Tyng. Lebih menyedihkan wanita ini yang beragama Islam telah diberi makan daging babi bersama nasi kosong dan gajinya sebanyak RM500 tidak pernah dibayar majikan selama tiga tahun bekerja.
Walau bagaimanapun, Hau Yuan Tyng, 44, akhirnya dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan teruk pada wajah amahnya serta enam tahun lagi untuk pertuduhan ketiga iaitu mencederakan mangsa dengan gunting.
3. Mantik Hani (2008)
Semasa Mantik Hani, 36, diselamatkan, mangsa sudah hampir nyawa-nyawa ikan. Dia telah ditemui dikurung di dalam tandas dalam keadaan kepalanya dibotakkan dan seluruh tubuhnya penuh dengan kesan tumbukan serta tendangan majikannya yang bernama Murgan.
Pun begitu, nyawa Mantik tidak panjang. Dia yang telah mendapat rawatan di hospital selama sehari akibat kesan dipukul dengan objek keras telah meninggal dunia. Kejadian yang berlaku sekitar tahun 2008 di Taman Sentosa, Klang ini telah mendapat liputan hangat media selepas Murgan, sorang penjual tebu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
4. Sulasti (2010)
Penderaan terhadap amah bernama Sulasti dari Jakarta ini mula terbongkar selepas pihak polis mendapat aduan dari Konsulat Jeneral Republik Indonesia sendiri. Mangsa yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan baru berusia 21 tahun telah ditemui dalam keadaan cedera parah dan tidak mampu berjalan kerana tidak diberikan makan selama beberapa hari.
Sulasti juga didapati telah mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian kepala dan wajahnya melecur teruk. Bahagian tubuhnya pula terdapat kesan-kesan luka yang dipercayai akibat dipukul dengan benda tumpul dan dilecurkan. Semasa polis menemuinya, mulutnya dalam keadaan berdarah dan Sulasti mengakui dia telah dipukul majikan dengan tangan, kaki, kayu, rotan dan besi. Kejam sungguh!
5. Suyanti Sutrinso (2016)
Baru berusia 19 tahun, Suyanti Sutrinso tidak menyangka bekerja sebagai amah di negeri jiran merupakan pengalaman buruk yang pernah dialaminya seumur hidup. Dia yang nekad melarikan diri selepas didera majikannya yang berpangkat datin telah ditemui seorang pengawal keselamatan selepas rebah di dalam longkang dalam keadaan yang menyedihkan.
Suyanti telah mengalami kecederaan teruk di muka, telinga, leher dan belakang tubuhnya dipenuhi dengan darah. Datin tersebut dikatakan telah memukulnya dengan menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop keluli dan payung tanpa belas kasihan.
Susulan itu, majikan Sulasti telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan cubaan membunuh amahnya pada tahun 2016 lalu.
6. Jubaedah (2017)
Pada mulanya disangka berlaku akibat kemalangan, Jubaedah, 38, telah ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga rumah majikannya di Pulau Pinang. Namun hasil bedah siasat mendapati Jubaedah sebenarnya telah mengalami kesan kecederaan yang teruk pada kedua-dua tulang rusuk dan pahanya akibat didera.
Berikutan penemuan itu, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 40-an iaitu majikan mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
7. Mey Sichan (2012)
Wajarkah seorang amah dibiarkan kebuluran sehingga berat badannya hanya mencecah 26.1kg sahaja? Itulah yang berlaku kepada Mey Sichan yang telah didera sepasang suami isteri bernama Chin Chui Ling, 45 dan Soh Chew Tong, 48. Pembantu rumah yang berusia 24 tahun itu telah ditemui mati di rumah kedai majikannya di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ketika mayatnya ditemui, Mey dikatakan mempunyai 29 kesan kecederaan baru dan lama pada tubuhnya dan mengalami dehidrasi yang teruk. Pipi dan matanya juga kelihatan sangat cengkung dan dia difahamkan tidak diberi makanan secukupnya sehingga terpaksa mengutip sisa makanan daripada tong sampah. Kesiannya!
Kedua-dua majikan Mey telah dihukum penjara 10 tahun bagi pertuduhan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Sedih sungguh baca kisah penderitaan yang dialami amah-amah ni. Hati apalah yang majikan mereka ada agaknya ya? Semoga kes seperti ini tidak berulang lagi.
VIRALMANIA
Sumber: Gontuni
Post a Comment