Wanita belasah pekerja pembersihan bertubi-tubi gara-gara sandalnya basah: “Kau tak akan mampu bayar kerana sandal aku ini harganya mahal!”

Wanita belasah pekerja pembersihan bertubi-tubi gara-gara sandalnya basah: “Kau tak akan mampu bayar kerana sandal aku ini harganya mahal!”

HANYA kerana hal kecil, seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas dia dibelasah teruk oleh seorang wanita.

Wanita belasah pekerja pembersihan bertubi-tubi gara-gara sandalnya basah: “Kau tak akan mampu bayar kerana sandal aku ini harganya mahal!”
Wanita belasah pekerja pembersihan bertubi-tubi gara-gara sandalnya basah: “Kau tak akan mampu bayar kerana sandal aku ini harganya mahal!”

Lapor NextShark, mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dibelasah bertubi-tubi dalam kejadian di sebuah pasar makanan laut di Sanya, Wilayah Hainan, Guangdong, China.

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku apabila mangsa secara tidak sengaja membasahkan sandal wanita berkenaan yang berdiri tidak jauh darinya.

ARTIKEL MENARIK: 'Dia cuba pujuk guru untuk benarkan dia bawa pulang anak saya'

loading...

Menyedari kesilapannya itu, mangsa segera memohon maaf dan berkata dia tidak menyedari wanita itu berdiri berhampiran.

Malangnya permohonan maaf mangsa tidak diendahkan dan wanita itu terus menyerang dan membelasah mangsa terutamanya di bahagian kepala sambil menjerit: “Kau tak akan mampu bayar kerana sandal aku ini harganya mahal!”


Selepas kejadian itu, rakaman video yang memaparkan wanita terbabit telah ditahan dan diiring keluar oleh dua anggota polis tersebar di media sosial.


Kejadian itu nyata mengundang kemarahan netizen dan rata-ratanya ‘menyumpah’ sekeras-kerasnya perbuatan wanita itu.

Ada segelitir juga turut berasa sangsi dengan dakwaan wanita terbabit kononnya sandal yang dipakai berharga mahal.



Sementara itu, semakan pada video viral di saat ke 00.13 hingga 00.16 menunjukkan wanita terbabit hanya memakai sandal biasa, bukannya sandal mahal seperti yang didakwanya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post