Top Ad 728x90

Wednesday, 14 February 2018

,

Sungguh Terharu Melihat Apa Yang Dilakukan Anak Ini Demi Keselesaan Ibunya. Sediakan Tisu!

loading...

Ramai diantara kita berusaha untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna serta dapat berbakti bukan sahaja kepada keluarga, bahkan masyarakat dan negara.

Sungguh Terharu Melihat Apa Yang Dilakukan Anak Ini Demi Keselesaan Ibunya. Sediakan Tisu!
Sungguh Terharu Melihat Apa Yang Dilakukan Anak Ini Demi Keselesaan Ibunya. Sediakan Tisu!

Pepatah ada mengatakan, ‘ibu bapa cerminan anak-anak’. Setiap perilaku dan sikap yang ditunjukkan ibu bapa kepada anak-anak pasti akan menjadi ikutan. Jika bagus perbuatannya, baiklah tuntutan anaknya.

Walaupun masih kecil dan belum pernah merasakan kehidupan dunia keseluruhannya, anak-anak ini sebenarnya lebih bijak dan mulia daripada kita. Mereka lebih sensitif terhadap apa yang berlaku disekelilingnya.

Contoh ini dapat dikaitkan daripada kisah seorang anak yang dilihat menggunakan lengannya sebagai alas tempat kepala ibunya bersandar. Sayu hati melihat gambar yang diambil didalam sebuah keretapi bawah tanah di Chengdu ini. Tersirat seribu makna.

ARTIKEL MENARIK:

loading...

Gambar tersebut telah viral dimedia sosial dengan pelbagai komen-komen positif yang ditujukan kepada budak lelaki itu. Daripada pandangannya juga kelihatan penat dan mungkin juga dia memerlukan tempat duduk sebelah ibunya itu untuk berehat, tetapi dia lebih rela berdiri dan mengalas lengannya sebagai bantal asalkan ibunya dapat beristirehat dengan selesa.



train.jpg

Beberapa pengguna didalam ruangan komen mengatakan bahawa mereka juga pernah melihat budak lelaki itu memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang mendukung bayinya. Tidak dinafikan lagi, anak ini menyedari betapa pentingnya berbuat baik terhadap orang lain.

Melihat tindakan murni kanak-kanak tersebut, terlalu banyak pengajaran yang dapat diambil walaupun melalui sekeping gambar. Apa pula kebaikan yang telah kita buat hari ini?

Sumber : Siakap Keli

-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90