Terjumpa dengan beg yang tercicir mungkin perkara yang biasa. Namun, jika anda buka dan terlihat di dalamnya ada sebuah sampul tertulis ''duit mama abah bila tua'' beserta sekeping potret anak kecil, apa perasaan anda?
Sebak, Adik Ni Tertinggal Beg Dalam Toilet, Dalam Beg Ada Sampul Penuh Duit RM1 Tertulis “Duit Mama Abah Bila Tua” |
Di dalam sampul itu pula tebal dengan helaian not seringgit mungkin hasil dari duit belanja yang dikumpul. Pasti sebak dan sayu bagaimana seorang anak sekecil ini boleh berfikir luar dari jangkaan anak seusianya.
Perkongsian daripada Hajar Xiaojie MK melalui laman facebook menyentuh hati netizen. Gadis ini pada mulanya menemukan beg pink yang ditinggalkan di dalam tandas awam. Ingin mencari pemiliknya melalui maklumat yang mungkin terdapat di dalam beg, namun menemukan pula sekeping sampul berisi not seringgit tertera tulisan duit untuk mama ayah bila tua. Tipulah hati siapa yang tidak terusik.
Nampak remeh, namun sebenarnya sangat menyentuh perasaan. Ibu bapa berkorban membesar dan memberikan didikan kepada anak-anak bukanlah meminta untuk dibalas. Namun keprihatinan dan kasih-sayang yang ditunjukkan anak ini mungkin hasil teladan dari orang tuanya sendiri. Bagaimana kita sebagai ibu-bapa pula mencorakkan anak-anak? Renung-renungkan.
ARTIKEL MENARIK: Jangan Terkejut! Koleksi Gambar Nora Danish Di Zaman Bangku Sekolah Tersebar!!
loading...
Jom kita baca perkongsian gadis ini seperti di bawah.
Terjumpa 1 beg.. Adik ni tertinggal beg dalam toilet..
Dalam beg dia tersimpan satu sampul bertulis “Duit Mama Abah Bila Tua”.. Sayu rase hati bila tengok.. sebak sangat..
Tebal sampul tu penuh duit seringit.. mungkin dia simpan duit hari2.. Kecik kecik lagi dah berfikir panjang unntuk kedua-dua orang tua..
Tengok gambar kecik lagi.. insaf bila tengok.. moga adik terus berjaya, jadi anak solehah ye.. Adik Ar Raudhah Umairah bt Mursid.
Penulis juga doakan moga adik ini berjaya menemukan semula begnya yang hilang.
Sumber: Siakapkeli.my
Post a Comment