‘Saya Masih Hidup, Saya Takkan Restu’ – Ayah Zahirah Macwilson Halang Hubungan Dengan Zul Ariffin

‘Saya Masih Hidup, Saya Takkan Restu’ – Ayah Zahirah Macwilson Halang Hubungan Dengan Zul Ariffin

Restu orang tua adalah penting untuk mengekalkan sesebuah hubungan. Banyak perhubungan yang kecundang di tengah jalan kerana faktor ini. Walaupun semuanya berbalik soal jodoh, namun hubungan dengan ibu bapa juga tidak kurang penting perlu dikekalkan.

‘Saya Masih Hidup, Saya Takkan Restu’ – Ayah Zahirah Macwilson Halang Hubungan Dengan Zul Ariffin
‘Saya Masih Hidup, Saya Takkan Restu’ – Ayah Zahirah Macwilson Halang Hubungan Dengan Zul Ariffin

Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sudah sedia maklum sedang hangat bercinta. Walaupun ada cakap-cakap mengatakan hubungan mereka bermasalah, namun kedua-duanya menafikan perkara itu. Namun, satu kenyataan ayah Zahirah seperti ada yang tidak kena dengan hubungan mereka itu.

ARTIKEL MENARIK: Filem Dukun Tersebar, FINAS Bakal Ambil Tindakan!! Dasyat Sangat Ke Cerita Yang Di Adaptasi Dari Kisah Mona Fendi Ni??!!

loading...

Tak ada masalah dengan Zul Ariffin



Zainol Macwilson mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah anak perempuannya itu berkawan dengan Zul Ariffin. Sebelum ini Zainol dipetik sebagai berkata dia tidak mahu anaknya bercinta di lokasi penggambaran, termasuklah dengan aktor itu.

Namun, dia menafikan memusuhi Zul walaupun Zul sebelum ini ada meminta Zainol untuk lebih matang dalam tindakannya.
Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin  dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.
Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut.

Cukup sekadar berkawan




Ujarnya, dia bagaimanapun tidak memusuhi Zul namun menegaskan biarlah hubungan mereka kekal sebagai kawan sahaja dan tidak sampai ke tahap bercinta.


Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu.
Menurutnya lagi, dia ada menasihati anak perempuannya itu untuk fokus kepada perkembangan kariernya yang baru bermula dan tidak terkesan dengan kisah peribadi.
Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia

Saya juga pernah berterus-terang dengan Zahirah, saya tak ada masalah kalau dia berkawan dengan Zul, tetapi jika sebaliknya (bercinta), dan saya saya masih hidup, saya takkan restu.
Sumber: Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post