Kupang: Ketibaan jenazah pembantu rumah, Adelina Lisao, yang meninggal dunia dipercayai didera majikannya di Pulau Pinang, disambut tangisan keluarganya di Lapangan Terbang El Tari, Kupang, kelmarin.
“Saya Mahu Lihat Muka Majikannya, Binatang Apa Itu Atau Iblis”? |
Menurut portal berita Liputan 6, jenazah wanita berusia 21 tahun itu tiba kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu, untuk dibawa pulang ke kampungnya di Desa Abi, Kecamatan Oenino, Kabupaten Timor Tengah Selatan (TTS), Nusa Tenggara Timur.
Menurut laporan media Indonesia, ibu mangsa, Yohana Banunaek, dan bapanya, Marthen Lisao, tidak dapat menyambut ketibaan jenazahnya di lapangan terbang kerana masalah kesihatan.
“Sejak mendapat berita kematian Adelina, ibu terkejut, tidak boleh berjalan jauh. Ibu tunggu di rumah,” kata Marsel Lisao, abang Adelina.
ARTIKEL MENARIK: 800 Terkandas Kereta Kabel Langkawi Rosak
loading...
Adelina meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam minggu lalu, selepas diselamatkan dari rumah majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, dengan pelbagai kesan kecederaan teruk pada kepala, muka serta luka di kedua-dua tangan dan kaki.
Mangsa dikatakan dipaksa tidur di luar rumah bersama anjing.
Polis menahan dua beradik berusia 36 dan 39 tahun yang juga majikan Adelina bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
KEADAAN Adelina Lisao ketika diselamatkan pihak berkuasa Malaysia di rumah majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, minggu lalu. FOTO Por Cheng Han via AFP
Khamis lalu, AFP melaporkan pihak berkuasa Indonesia menahan suami isteri atas tuduhan pemerdagangan manusia berhubung kematian pembantu rumah Adelina, 20. Pasangan itu ialah ejen pembekal pekerja dan menggunakan dokumen palsu untuk menghantar Adelina ke Malaysia pada 2015.
Menurut ibu mangsa, Adelina hilang dari kampung mereka di wilayah Nusa Tenggara Timur selepas keluarganya menolak tawaran kerja untuk anaknya.
Menurut ibu mangsa, seorang lelaki datang buat kali kedua membawa pelbagai dokumen palsu dan pada hari berikutnya, Adelina hilang.
“Kami percaya dia mengikut lelaki itu. Dokumen palsu terbabit menyatakan Adelina berusia enam tahun lebih tua,” katanya.
Sementara itu, portal berita Indonesia, sindonews.com melaporkan, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana, mengecam keras kejadian menimpa Adelina.
“Sekembalinya di Malaysia, saya akan bertemu pihak berkuasa.
“Saya mahu lihat muka majikannya, binatang apa itu, dia itu bukan orang, itu iblis,” katanya di Jakarta, Khamis lalu.
Post a Comment