"Rupa-rupanya papa tak sekuat disangka" - Norman menangis iringi anak ke Turki belajar hafazan

"Rupa-rupanya papa tak sekuat disangka" - Norman menangis iringi anak ke Turki belajar hafazan

SEPOTONG video pelakon Norman Hakim mengiringi anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim ke Turki untuk memulakan pengajian hafazan tular sekali gus mengundang sebak netizen.

"Rupa-rupanya papa tak sekuat disangka" - Norman menangis iringi anak ke Turki belajar hafazan
"Rupa-rupanya papa tak sekuat disangka" - Norman menangis iringi anak ke Turki belajar hafazan

Norman yang selama ini dikenali dengan imej macho akhirnya mengalirkan air mata ketika berada di samping anaknya di lapangan terbang.

Lebih pilu, video yang dirakamkan oleh Abby Abadi itu turut disunting berlatar belakangkan lagu Bayang (Khai Bahar).

Norman turut berkongsi pengalaman pertama melepaskan anaknya, Danish, 15, berjauhan menerusi dalam Instagramnya.
"Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia. Dari saat dia masuk asrama untuk memulakan pengajian hafazan, saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih, bahu saya tempat dia bersandar untuk meluahkan rasa dan air mata.

"Tapi hari ini dalam sejarah, semuanya jadi terbalik. Saya yang longlai kat bahu dia. Ber'tan' air mata jatuh sampai basah baju dia.

"Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni. Hari jadi hening. Cuaca terik pun jadi bening

ARTIKEL MENARIK: Kisah Sedih Normadiah, Seniwati Negara Yang Hingga Ke Akhir Hayat Tidak Pernah Memperolehi KERAKYATAN MALAYSIA!

loading...

"Baru saya sedar dia lagi 'kuat' dari saya. Anak ini dah bersedia untuk 'menakluk akhirat' di dunia yang sementara.

"Fizikal mungkin sama, tapi jiwa dan mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, Al-Quran dah ada dalam dada. Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa.


"Ampun maaf abang, rupanya papa tak 'sekuat' yang disangka. Semoga Allah ampunkan khilaf papa ini," tulis Norman.
Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama utk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar utk luahkan rasa & air mata . . Tapi hari ni dlm sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yg longlai kat bahu dia.Ber'tan' air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni.Hari jadi hening.Cuaca terik pun jadi bening . . Baru saya sedar dia lagi 'kuat' dari saya.Anak ini dah bersedia utk 'menakluk akhirat' di dunia yg sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa . . Ampun maaf abg,rupanya papa tak 'sekuat' yg disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni . . Selamat berjuang anakku sayang Mohamed @danishhakim_243 .Doa papa hak abg utk menakluk akhirat didunia,sementara menunggu doa abg utk hak papa pula antara 3 perkara utk 'bantu' papa dibarzakh yg wallahualam tak tahu bila,tapi pasti akan tiba . . Selamat mengiringi 'jihad' Mohamed @danishhakim_243 ke Turki abah @jaiezzany ,mama @abby_abadi112 ,adik @marissadania_ & baby @mariadanishahakim_2008 .Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yg bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️ . . @Regrann from @abby_abadi112 - Papa Danish ❤️ Ingat Abang selalu dalam doa Papa ye.. . ikhlas, Mama


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post