“Rakam Lagu Baru Sambil Tatap Gambar Arwah” – Nora Ariffin

“Rakam Lagu Baru Sambil Tatap Gambar Arwah” – Nora Ariffin

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nora Ariffin, mengaku terpaksa membawa gambar arwah suaminya, Johan Nawawi, ke dalam studio ketika merakamkan single terbarunya, Ada Dalam Tiada.

“Rakam Lagu Baru Sambil Tatap Gambar Arwah” – Nora Ariffin
“Rakam Lagu Baru Sambil Tatap Gambar Arwah” – Nora Ariffin

Menurut Nora atau nama lengkapnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 44, beliau berbuat demikian bagi mendapatkan kekuatan memandangkan itulah kali pertama dirinya merakamkan lagu tanpa ditemani lelaki terbabit, sepanjang lebih dua dekad menjadi penyanyi.

ARTIKEL MENARIK: Sedondon Ungu, Majlis Akikah Anak Hafidz Roshdi Meriah!

loading...

“Bayangkan, sebelum ini dialah yang akan menemani saya dalam studio dan memberikan kata-kata semangat. Selepas tamat sesi rakaman pula, dia akan ucapkan tahniah dan kami akan melepak sambil minum teh tarik bersama-sama. Namun, situasi itu tidak lagi dirasai ketika saya merakamkan single terbaru ini.

“Justeru, saya bawa bersama foto suami ke studio dan meletakkannya di hadapan saya sebagai sumber inspirasi, supaya saya dapat merakamkan lagu dengan lancar. Bagaimanapun, ia tetap takkan sama dengan apa yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Tiba di rumah, saya menangis sepuas hati untuk melepaskan segala perasaan sedih dan luluh yang terbuku dalam dada,” katanya kepada BH Online.

Johan yang juga komposer terkenal meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu akibat serangan jantung. Pemergiannya pada hening Subuh, hari Jumaat itu meninggalkan kesan besar pada Nora sehingga ibu kepada empat anak ini berada dalam tekanan.


Kini, selepas hampir setahun pemergian Johan, penyanyi Hanyalah Satu ini sudah bersedia untuk kembali aktif di persada seni dan single, Ada Dalam Tiada, ibarat salam perkenalan semula daripadanya buat peminat.


“Walaupun sehingga ke hari ini saya masih amat merinduinya, tetapi saya harus bertahan. Anak-anak kini menjadi sumber kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan dan kerjaya nyanyian saya,” katanya.

Bercerita mengenai lagu baharunya, Nora memberitahu, naskhah yang berkisar pada sebuah kehilangan itu dicipta oleh Sirkhan Danial, manakala lirik hasil ilham Habsah Hassan.

Ia bakal dimuatkan dalam album kompilasi Tribute Johan Nawawi 30 tahun yang bakal berada di pasaran Mac depan.

Sumber : BHOnline

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post