Pramugari Islam Diwajibkan Bertudung Bila Mendarat Di Aceh? Ini Pula Respon Dari AirAsia Yang Mengejutkan Bila Dikuat kuasa!!

Pramugari Islam Diwajibkan Bertudung Bila Mendarat Di Aceh? Ini Pula Respon Dari AirAsia Yang Mengejutkan Bila Dikuat kuasa!!

KESEMUA anak kapal syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia yang membuat penerbangan ke Aceh akan terdiri dari lelaki, berikutan arahan yang mewajibkan anak kapal wanita memakai tudung sebaik mendarat ke wilayah itu.

Pramugari Islam Diwajibkan Bertudung Bila Mendarat Di Aceh? Ini Pula Respon Dari AirAsia Yang Mengejutkan Bila Dikuat kuasa!!
Pramugari Islam Diwajibkan Bertudung Bila Mendarat Di Aceh? Ini Pula Respon Dari AirAsia Yang Mengejutkan Bila Dikuat kuasa!!

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight hari ini, AirAsia berkata ia maklum akan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Aceh.
“Kami komited untuk memastikan operasi kami mematuhi peraturan itu. Buat masa ini, kesemua penerbangan pergi balik ke Aceh akan dikendalikan oleh anak kapal lelaki.”
Pihak berkuasa Aceh berkata anak kapal wanita Islam yang gagal mematuhi arahan itu akan dikenakan hukuman oleh polis syariah.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan apakah jenis hukuman tersebut.
Di bawah undang-undang Islam di Aceh setiap wanita Islam diwajibkan memakai tudung manakala wanita bukan Islam boleh memilih untuk memakai pakaian yang tidak menjolok mata.
Gebenor Aceh Besar, Mawardy Ali berkata arahan baru itu dikeluarkan selepas beberapa pramugari Islam tidak enggan mematuhi arahan bertudung walaupun hanya untuk persinggahan sebentar.

ARTIKEL MENARIK: Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa

loading...

Mawardy berkata beliau akan menemui beberapa syarikat penerbangan minggu ini dan beberapa maklumat mengenai arahan itu kepada akan disebarkan sepanjang minggu.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Penerbangan Malaysia Ismail Nasarudin berkata, syarikat penerbangan tidak mempunyai pilihan lain selain dari mematuhi arahan itu.

“Anda tiada pilihan selain menyediakan mereka (krew kabin) untuk arahan itu.”

Nasarudin berkata ini bukanlah kes pertama peraturan seumpama itu dikeluarkan, sama seperti yang diwajibkan ke atas pramugari wanita bagi penerbangan ke Jeddah.

“Peraturan negara-negara itu berbeza dengan peraturan kita, di mana undang-undang mewajibkan orang Islam atau mana-mana wanita memakai tudung.

“Jadi, jika AirAsia terbang ke Aceh, ia perlu mematuhi arahan tersebut. Mereka tidak boleh mendarat sekiranya enggan mematuhi undang-undang tempatan.” – 31 Januari, 2018.

Sumber : hmetro


KERAJAAN autonomi Aceh mewajibkan pramugari Islam semua syarikat penerbangan supaya memakai tudung bagi penerbangan ke wilayah itu.

Reuters melaporkan, kerajaan Aceh mengedarkan surat mengenai arahan itu yang dialamatkan kepada syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia, Garuda, serta beberapa syarikat tambang murah, termasuk syarikat dari Malaysia, AirAsia dan Firefly.

“Semua pramugari perlu memakai jilbab (tudung) mengikut fesyen Islam yang mematuhi undang-undang syariah,” kata surat itu.

Lapangan terbang antarabangsa di Banda Aceh menyediakan puluhan penerbangan domestik serta antarabangsa ke Malaysia dan Arab Saudi.

Gabenor Aceh Besar, Mawardi Ali berkata, pramugari bukan Islam tidak diwajibkan memakai tudung namun pramugari Islam wajib memakai tudung ketika dalam penerbangan ke Aceh dan ketika berada di wilayah itu.

AFP melaporkan Mawardi berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai peraturan itu kepada semua syarikat penerbangan minggu ini.

“Selepas ini kita akan memberitahu hukuman yang bakal dikenakan jika ada yang melanggar peraturan itu.

“Jika ada (pramugari Islam) yang gagal mematuhi arahan berkenaan, kami akan menegurnya. Jika kesalahan berulang, undang-undang syariah akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan jenis hukuman yang akan dikenakan.

Sementara itu, jurucakap Garuda Indonesia, Ikhsan Rosan berkata, syarikat penerbangan dan penerbangan tambang murahnya Citilink, menyokong arahan itu dan akan mematuhinya.

Aceh yang mendapat kuasa autonomi pada 2001 melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post