Sebelum ini kecoh seketika mengenai perselisihan faham antara 3 beranak ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datin Seri Haflin Saiful Azhar mengenai suatu isu sehingga Haflin dikatakan telah menjadi mangsa buli siber yang dipercayai angkara Nedim.
“Perkahwinan Kami Sah”- Amaran Haflin Terhadap Anak Tirinya Nedim!!! |
ARTIKEL MENARIK: “Rakam Lagu Baru Sambil Tatap Gambar Arwah” – Nora Ariffin
loading...
DS Nazri Tidak Tahu Tujuan Nedim
Malah mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Nazri tidak tahu apakah punca dan tujuan anaknya berbuat demikian dan turut mempersoalkan status Haflin sebagai ibu kepadanya.
“Isteri saya telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri. Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?,”
Haflin Cabar Nedim Bersemuka
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Haflin telah memuat naik kenyataan di Instagram nya dan turut mencabar anak tirinya itu untuk bertemu dengan bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka.
“@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira. Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya. Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepada dia,”
Haflin di Intagram nya turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri bagi membuktikan perkahwinan mereka adalah sah disisi undang-undang.
Sumber Instagram DS Haflin
Via Hangat
Post a Comment