Peniaga Dibunuh Pelanggan Akibat Produk Kosmetik Yang Dijualnya Tidak Mujarab

Peniaga Dibunuh Pelanggan Akibat Produk Kosmetik Yang Dijualnya Tidak Mujarab

Seorang lelaki maut ditetak dan dikelar pada leher oleh sekumpulan individu dalam serangan di tapak Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 5 Januari lalu dipercayai berpunca dari produk kosmetik yang dijual tidak mujarab, lapor Harian Metro.

Peniaga Dibunuh Pelanggan Akibat Produk Kosmetik Yang Dijualnya Tidak Mujarab
Peniaga Dibunuh Pelanggan Akibat Produk Kosmetik Yang Dijualnya Tidak Mujarab

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian tersebut dilaporkan mempunyai kaitan dengan pertengkaran mengenai produk kosmetikdi antara mangsa dengan sekumpulan lelaki warga Indonesia, Jun tahun lalu.

"Dalam kejadian itu, beberapa lelaki etnik Madura Indonesia dipercayai mengunjungi tapak perniagaannya ketika mangsa mempromosikan barangan kosmetik berkenaan.

"Ketika itu, berlaku pertengkaran apabila kumpulan terbabit mendakwa barangan dijual mangsa tidak mujarab menyebabkan berlakunya poergaduhan.

ARTIKEL MENARIK: Apakah ini Hanya Kebetulan? Dirompak di Tengah Jalan, Seekor Anjing "Melindungi" Wanita Berhijab Ini. Lihat Video Ini. Subhanallah..

loading...

"Kami difahamkan selepas insiden pada Jun tahun lalu, mangsa berhenti daripada berniaga di situ.

"Bagaimanapun pada 5 Januari lalu, mangsa kembali semula untuk berniaga di tapak pasar malam berkenaan dan sekali lagi berlaku pergaduhan yang kemudian menyebabkan mangsa mati dibunuh," katanya.

Seramai 14 suspek termasuk empat wanita telah ditahan. 10 daripada suspek telah didakwa di mahkamah, manakala empat lagi telah dibebaskan.



1.jpg

"Kita memerlukan dua lelaki Indonesia berusia 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh berkenaan. Individu terbabit dikenali dengan nama Jumadi dan Gandar, berperwatakan kurus, agak rendah dan berkulit cerah.

"Kami meminta dua individu ini tampil membantu siasatan dan bagi orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

Dalam kejadian jam 9.05 malam 5 Januari lalu, mangsa Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, bersama seorang wanita tempatan dan dua pekerja warga asing didatangi sekumpulan individu ketika sedang berniaga barangan kosmetik di tapak pasar malam berkenaan.

Mangsa kemudian dikelar di leher dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala seorang pekerja yang cuba membantu mangsa turut tercedera.

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post