Lepas Tangkap Pasangan Berkhalwat, Pegawai Agama Pula Rogol Gadis 14 Tahun

Lepas Tangkap Pasangan Berkhalwat, Pegawai Agama Pula Rogol Gadis 14 Tahun

Seorang gadis berusia 14 tahun yang sebelum ini ditangkap khalwat, telah menjadi mangsa rogol pula oleh seorang pegawai penguat kuasa agama.

Lepas Tangkap Pasangan Berkhalwat, Pegawai Agama Pula Rogol Gadis 14 Tahun
Lepas Tangkap Pasangan Berkhalwat, Pegawai Agama Pula Rogol Gadis 14 Tahun

Menurut laporan Harian Metro, 'Imam' yang berusia 50 tahun itu telah berjanji untuk menguruskan dokumen perkahwinan selepas mangsa dan pasangannya ditangkap khalwat pada 16 Disember lepas.

Sumber menambah, suspek telah datang ke rumah mangsa pada 29 Disember dan mengajaknya menguruskan dokumen dengan ditemani adik lelaki mangsa sekali.

Mangsa kemudiannya diminta untuk mendaftar masuk ke sebuah hotel untuk mengisi borang nikah sementara adik lelakinya menunggu di sebuah restoran.

ARTIKEL MENARIK: Kanak-kanak Perempuan 7 Tahun Hampir Diculik Oleh Pelarian Rohingya Di Pasar Malam

loading...

"Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya," kata sumber.

Pada 3 Januari, suspek mengulangi perbuatannya di hotel yang sama sebelum keluarga mangsa membuat aduan dan tangkapan dibuat pada hari yang sama.


Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahkan tangkapan. Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: CARI forum

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post