Lelaki Dengan Penampilan Alim Dirakam Selamba Cabul Gadis Tertidur Dalam LRT

Lelaki Dengan Penampilan Alim Dirakam Selamba Cabul Gadis Tertidur Dalam LRT

Sejak dua menjak ini, ada sahaja kes yang kita terima melibatkan aktiviti mencabul oleh golongon-golongan lelaki seks atau lebih dikenali dengan panggilan pervert.

Lelaki Dengan Penampilan Alim Dirakam Selamba Cabul Gadis Tertidur Dalam LRT
Lelaki Dengan Penampilan Alim Dirakam Selamba Cabul Gadis Tertidur Dalam LRT
Golongan ini sering mengambil kesempatan yang ada untuk cuba ‘merasai’ wanita yang mereka mahukan. Semestinya, golongan wanita sudah merasa tidak selamat untuk keluar bersendirian sejak kes seperti ini semakin menjadi-jadi.

ARTIKEL MENARIK: 4 Anak NEKAD Saman Ibu Kandung, Puncanya Buat Netizen SEBAK

loading...

Sekali lagi terjadi, di mana seorang netizen telah berjaya merakam ‘aktiviti’ lelaki ini yang cuba untuk memegang peha seorang gadis Cina. Menurut NST, kejadian ini berlaku di dalam LRT aliran Sri Petaling baru-baru ini. Difahamkan, gadis itu tertidur dan langsung tidak sedar bahawa dirinya itu sedang cuba dicabul oleh lelaki berkenaan.

1.jpg

“Saya pernah dengar kes macam ni, tapi tak pernah langsung terjadi depan mata”

Menurut netizen tersebut, dia mula perasan di mana lelaki tua berjubah putih serta berkopiah dengan muka selambanya cuba memegang peha gadis berkenaan. Bahkan, dia juga dengan beraninya curi-curi melihat peha gadis itu. Euwwww! Dek kerana itu lah dia merakam segala ‘aktiviti’ yang dilakukannya untuk dijadikan sebagai bukti.

1.jpg

Lelaki berkenaan berhenti melalukan ‘aktiviti’nya itu dan lantas keluar daripada LRT berkenaan setelah dia perasaan bahawa ada sepasang kekasih Melayu yang memerhatikan perlakuannya itu. Dah kantoi baru nak berhenti! 


2.jpg

Kejadian ini rata-ratanya mendapat kritikan yang hebat daripada netizen dek kerana pemakaiannya yang langsung tidak melambangkan perlakuannya itu.

“So gatal! Berhenti sorok perlakuan kau tu dengan pemakaian!”

“Tak kisahlah macam mana pun pemakaian wanita tu.. Lelaki tak ada hak untuk sentuh wanita lain just sebab dia seksi”

“Gila seks punya orang tua!”

“Kebanyakkan lelaki sekarang tak pernah fikir kalau benda sama terjadi pada mak atau adik beradik perempuan dia. Come on guys. Respect your mother and sister!”

Ada juga netizen yang menasihatkan agar wanita di luar sana jangan sesekali tertidur di tempat awam kerana tidak mahu perkara seperti ini terjadi. Ada juga yang menasihatkan agar sentiasa meletakkan beg atau apa-apa barang di sebelah agar ada ‘benteng’ antara kita dan orang lain.

Haih.. Disebabkan ada golongan macam ni lah, buatkan kita takut nak percaya orang lain walaupun sebenarnya dorang tu baik..

Sumber: Lobakmerah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post