Kandungan gula dalam minuman popular dalam kalangan rakyat Malaysia, MILO menjadi perdebatan sejak akhir-akhir ini di mana minuman yang diklaim sebagai minuman sihat, menambah tenaga dan baik untuk semua khususnya kanak-kanak itu sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan.
"Kandungan Gula 40% Dalam MILO Jadi 6% Selepas Dibancuh Adalah Manipulasi Fakta Yang Hina Dan Menjijikkan" |
Namun, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana kandungan gula 40% dalam milo itu dikatakan akan berkurangan kepada 6% sekiranya telah dicampur dengan air seperti yang dinyatakan oleh wakil Nestle.
Rasa terpanggil untuk membidas kenyataan dari wakil Nestle terbabit, seorang pengamal media sosial tampil mengemukakan hujahnya yang menyifatkan kenyataan dari wakil Nestle itu adalah manipulasi fakta yang hina dan menjijikkan. Ikuti hujahnya.
KANDUNGAN GULA: MANIPULASI FAKTA YANG HINA DAN MENJIJIKKAN.
Saya jarang komen isu panas, risau ada yang tersinggung.. Tapi kalau penipuan terang-terang tak sanggup saya tengok saja..
ARTIKEL MENARIK: "Marketing Kepala Butoh!"- King Afiqq Jadi Bahan Kecaman Bila Solat Pakai Kasut Siap Pegang Telefon Bimbit
loading...
Cubaan memperbodohkan minda kita.
Kejahilan bakal meracun anak-anak kita dengan minuman JUNKFOOD ini. Obesiti, penyakit jantung, penyakit kanser semua berkait dengan gula berlebiham.
ISU MILO TINGGI GULA
#Ketika mendedahkan kandungan Milo adalah 40% gula, Encik Vishen mahu memberitahu kita bahawa HAMPIR SEPARUH minuman ini adalah GULA.
#Beliau mahu menekankan milo adalah minuman tinggi gula! Separuh banyak tu.. Susu segar, air teh, jus buah fresh gula tak tinggi pun.
#Lalu pakar pemakanan Syarikat Nestle menjelaskan, itu kerana MILO adalah minuman pati, kena tambah air.
Bila tambah air 200ml, kandungan gula hanya 6% Sikit je...kan?
Ini adalah satu manipulasi minda yang sangat HINA dan MENJIJIKKAN.
PENJELASAN.
Berapa ml air yang ditambah, 200ml ke...1 liter ke...20 gelen ke.. KANDUNGAN GULA MASIH SAMA. FAKTANYA tidak menafikan MILO masih merupakan minuman tinggi gula. Nestle kata cadangan guna 6 gram? Betul ke 6 gram? 6 gram tu lebih sikit satu sudu kecil je..
Korang buat MILO pakai berapa SUDU BESAR? Kejap kejap...Milo cyberdefender of the universe toksah cepat sangat salahkan masyarakat..
Berapa banyak dalam Milo 3-in-1 Protomalt yang dikatakan berkhasiat tu?
Satu peket MENGANDUNGI 15 GRAM tuan-tuan dan puan-puan ...atau cadangan Nestle minum separuh peket je?
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan WHO menyarankan hanya:
25 gram gula tambahan sehari untuk dewasa
12 gram gula tambahan sehari untuk kanak-kanak
0 gram gula tambahan untuk anak-anak bawah 2 tahun.
Sudah-sudah lah salahkan masyarakat tambah susu lah, tambah gula extra lah.. Itu memang kesukaan industri makanan juga.. Mereka memang dah study masyarakat kita yang memang dah KETAGIH gula ni..
Gula HFCS bagus gula buah..
Gula maltose bagus sebab gula malt..
Gula susu bagus sebab semulajadi maa..
GULA IS GULA..Dan yang paling teruk ialah 50% gula di dalam milo itu..gula paling ketagih. Mereka racun anak-anak kita dengan pelbagai lagi makanan manis-manis yang mereka label sebagai "MAKANAN SIHAT". Di kala makanan dan minuman manis lain diharamkan, minuman manis ini masih dijual di kantin sekolah..
Mereka masih berleluasa anjurkan ceramah pemakanan sihat oleh pakar nutrisi di sekolah-sekolah. Pada akhir program mereka beri hadiah hamper cereal, megi, air kotak kepada anak-anak kita..
#Truestory
Teruskan salah diri sendiri dan keluarga yang tambahkan gula dan susu.. Teruskan dengan pemikiran bahawa cereal sihat..milo "makanan padat nutrisi" sebab vitamin banyak.. Teruskan ditipu kerana kejahilan kita..
Teruskan meracun diri sendiri..anak-anak kita.. Lepas tu salahkan genetik dan kurang bersenam bila dapat obesiti, alahan dan kanser. Masyarakat perlu tahu... Kita dah kena cuci otak apa makanan sihat..apa makanan tak sihat..
Ketahui lah...
Makan gula banyak-banyak lepas tu bersenam kalau nak kurus bolehlah.. kalau nak sihat boleh mimpilah..
BANTU RAKAN DAN KELUARGA KITA keluar daripada terus dimanipulasi oleh industri kapitalis ini..
SHARE supaya ramai sedar penipuan mereka yang jijik ini..
Saya akan jelaskan satu persatu manipulasi industri pemakanan ini. Semoga meningkatkan kesedaran masyarakat kita.. Semoga Allah melindungi keluarga kita..
Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-
Rajinkan diri tengok kandungan gula dalam minuman kegemaran anak-anak kita..bukan milo saja tinggi gula ya :)
Sumber: FB Hafiz Sulaiman via blogmazeer.com
Add tags
Post a Comment