JAKARTA – Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia beberapa jam selepas ditumbuk pelajarnya ketika pembelajaran seni di sekolah, kelmarin.
Gara-Gara Conteng Pipi Pelajar Yang Sedang Tidur Dalam Kelas, Pelajar Belasah Guru Sampai MATI.. |
Menurut laporan media Indonesia, kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku selepas guru berkenaan, Budi Cahyono, menconteng pipi pelajar lelaki itu yang tidur dalam kelas dengan pewarna lukisan bagi mengejutkannya.
Pelajar itu yang dikatakan marah sebaik terjaga, menumbuk pipi guru terbabit, namun pertelingkahan mereka dileraikan pelajar dan guru lain.
Menurut Detik News, pengetua Sekolah SMA Negeri I Torjun Sampang, Amat kemudian mengarahkan pelajar terbabit pulang.
Beliau berkata, ketika guru berkenaan memberitahunya mengenai kejadian itu, Budi kelihatan sihat tanpa sebarang kecederaan.
ARTIKEL MENARIK: Adi Putra, genius matematik yang disisihkan. “Kerajaan tabur janji, tipu pelajar genius macam saya” – Adi Putra
loading...
Namun, keluarga guru berkenaan kemudian menghubungi pengetua menyatakan Budi dimasukkan ke Hospital Dr Seotomo di Surabaya, kerana tidak boleh tidur selepas mengadu sakit leher sebelum tidak sedarkan diri.
Difahamkan, pemeriksaan doktor mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada lehernya menyebabkan otaknya tidak boleh berfungsi yang membawa kepada kematiannya kira-kira 7.40 malam.
Menurut laporan Antara, Ketua Polis Torjun, Budi Wardiman, berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.
Sumber: Mynewshub
Post a Comment