Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa

Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa

ZIMBABWE: Seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah selepas ditangkap kerana disyaki dia telah bertindak memenggal kepala bapanya sendiri dengan menggunakan kapak.

Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa
Gara-Gara Buah Mangga, Anak Sanggup Penggal Kepala Bapa

Suspek dikatakan bertindak sedemikian gara-gara tidak tahan apabila dituduh mencuri buah mangga dan kejadian ini difahamkan telah berlaku pada hari Khamis yang lalu.

Clemence Hove dari Fort Rixon, iaitu sebuah perkampungan di Zimbabwe telah bertindak merodok bapanya dengan menggunakan sebatang kayu sebelum memenggal kepala lelaki terbabit dengan menggunakan kapak selama beberapa kali.

Menurut jiran kepada mangsa, suspek yang baru sahaja berusia 37 tahun itu dikatakan ‘naik hantu’ secara tiba-tiba setelah bertengkar mulut dengan bapanya.

Bapanya iaitu mangsa dikatakan telah menuduh suspek mencuri buah mangga miliknya apabila dia mendapati bahawa mangganya itu hilang.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Bunuh Diri Ketika Pasukan Penyelamat Sibuk Mencari Budak Lemas

loading...

Menurut laporan daripada Chronicle.co.zw, ketika pergelutan berlaku, bapanya Nicodimus Chibaro 73, sempat meminta cucunya untuk mendapatkan bantuan kerana Clemence dilihat seperti sudah hilang akal ketika menyerangnya.

Bagaimanapun, Clemence telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung ketika dia cuba untuk melarikan diri.

Pihak mahkamah tempatan memutuskan bahawa suspek akan dilanjutkan tahanan reman sehingga 9 Februari depan.

Sumber: Astro Awani, Editor: Amira



Clemence Hove (pictured) of Maturi village, under Chief Jahana, Lambani area allegedly struck Hlupho Nicodimus Chibaro (73) with a log before chopping off his head with an axe on Thursday.

Berang dituduh curi mangga, lelaki penggal kepala bapa


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post