Allahurabbi…dia dipukul sampai terkencing! Tak tahulah macam mana tahap derita Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, rupanya bangku dan tali pinggang juga antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul arwah sehingga meninggal dunia, semalam.
Dipukul Sampai Terkencing, Itu Antara Nasib Arwah Adik Nur Aina Nabihah |
Kalau anda ikuti kes ini, memang timbul rasa nak marah dengan apa yang berlaku. Apa lagi bila tahu si kecil itu cuba bertahan walau sudah lama dipukul.
Barang yang digunakan untuk dera anak itu ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.
Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.
ARTIKEL MENARIK: Video- Pelajar Panik Melihat "Sesuatu "Yang Menyeramkan Memasuki Ruang Bilik Darjah
loading...
Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.
Pukul Sampai Terkencing
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.
“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nenek tak percaya cucu mati didera bapa kandung
Nenek Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, tidak mempercayai cucunya itu meninggal dunia disebabkan menjadi mangsa dera bapa kandungnya.
Jara Bibi Sultan Mohammad, 70, berkata, walaupun anak lelakinya seorang yang tegas tetapi dia mempunyai sifat berperikemanusiaan.
“Dia tegas, tegas dia hanya untuk mendidik tapi tidaklah sampai pukul patah riuk macam dalam berita disiarkan.
“Kalau merotan untuk mengajar memang ada, dia (bapa mangsa) seorang askar jadi dia memang tegas tapi tidaklah sampai tergamak mendera anaknya sehingga meninggal,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini semalam.
Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
REAKSI ibu (tengah) dan abang kepada mangsa dera, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah kelihatan sebak ketika menuntut jenazah mangsa di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibawa ke Ipoh, Perak untuk dikebumikan. – Foto Adzlan Sidek
Jenazah budak mangsa dera dikebumikan di Ipoh
Jenazah Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya di Negeri Sembilan semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepayang, Fairpark
Keluarga termasuk ibu kandung mangsa bagaimanapun enggan ditemubual oleh wartawan yang hadir di tanah perkuburan.
Tahlil buat Nur Aina Nabihah
Warga Sekolah Kebangsaan Lukut (SKL) mengadakan bacaan Yasin dan tahlil untuk rakan mereka, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera.
Kanak-kanak itu bersekolah di SKL di kelas Tahun Tiga Venus.
Sinar Harian semalam melaporkan Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di kediaman mereka di Taman Vista Jaya Lukut.
Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ dalaman.
Berikutan itu bapa kandung yang juga anggota tentera dan ibu tiri kanak-kanak itu ditahan polis
Post a Comment