Dilayan Macam ‘Sampah’ – Blogger Ini Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu

Dilayan Macam ‘Sampah’ – Blogger Ini Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu

Kota Paris selalu digambarkan sebagai sebuah ‘Kota Romantis’ buat pasangan baru berkahwin. Rata-rata pasangan yang hangat bercinta mengidamkan Paris untuk honeymoon.

Dilayan Macam ‘Sampah’ – Blogger Ini Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu
Dilayan Macam ‘Sampah’ – Blogger Ini Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu

Kalau nak ke Paris, memang ramai yang akan ke Eiffel Tower sebagai tempat wajib untuk singgah dan bergambar dengan orang tersayang.

Tapi pengalaman gadis ini agak berbeza apabila ke Kota Romantis bersama suami. Korang pasti akan terkejut dengan kisah gadis berhijab ini ‘dipulau’ di Paris. Korang mesti tidak percaya dengan pengalaman yang diceritakan gadis berhijab tentang ‘buruknya’ disebalik keindahan kota Paris ini.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Itu Meminta Saya Segera Menguruskan Jenazah. Sebaik Membuka Beg Mayat Saya Terkesima Apabila Melihat Wajah Arwah..

loading...

Indah khabar dari rupa!

1.jpg

Baru-baru ini seorang blogger, Faa Firds memuat naik video di akaun miliknya dengan tajuk ‘We’re Never Going To Paris Ever Again’. Gadis ini juga membongkar satu persatu layanan kurang sopan orang Paris terhadap wanita Asia terutamanya wanita berhijab.

Kelihatan juga gadis ini berkongsi ceritanya di Paris sambil menangis kerana terasa kecewa disebalik keindahan kota romantis ini. Admin nak share pengalaman gadis ini di kota Paris.

Kecewa gadis berhijab di Paris


Gadis ini mendedahkan bahawa dompet suaminya hampir dicuri oleh penyeluk saku tempatan tapi mujurlah tiada apa yang buruk berlaku ketika itu. Tambahan, ketika gadis ini berada dalam metropolis terasa badannya dilanggar berkali-kali dengan sengaja.

Seorang lelaki tua yang memandang anaknya sambil memandang gadis berhijab ini, berulang kali seolah memandang serong terhadap gadis ini. Gadis tersebut menceritakan pengalamannya apabila beratur menunggu giliran naik roller coaster dan penjaga tiket membenarkan gadis free hair untuk naik permainan itu dahulu dan gadis ini pula disuruh untuk menanggalkan hijab terlebih dahulu.

Menyalak macam anjing

2.jpg

Berdasarkan pengalaman yang dikongsi, pihak majikan di sana tidak membayar gaji kepada pekerja asing dan dia juga pernah ditipu mengenai kontrak pembayaran telefon dan elektrik. Majikan juga tidak pedulikan resume yang dihantar dan dengan sengaja memaksa menjadi pencuci tandas sahaja. Malah, pesakit Asia juga dilayan seperti tidak penting di hospital tempatan dan Europeans ini juga menjeling terutamanya kepada warga Turki dan Muslim.


Pergi balik ke negara kau!

3.jpg

Penduduk disana dikatakan menganggap wanita Asia terutamanya wanita Thailand sebagai pisau cukur buat golongan lelaki Mat Salleh. Mereka juga menganggap bahawa golongan Islam ini adalah pengganas. Gadis ini juga menceritakan yang dia pernah diusir pulang ke negara asal oleh pihak polis tempatan setelah cuba mendapatkan bantuan.

Sumber: Ohbulan.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post