Betul-betul Bapa Saudara Jahaham… Kali Ini Dia Dituduh Dengan 253 Pertuduhan Yang Dilakukan Terhadap Dua Lagi Anak Saudaranya Yang Ketika Kejadian Hanya Berusia 6 dan 10 tahun…

Bapa saudara durjana didakwa lagi

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh yang berdepan 253 tuduhan sumbang mahram di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini.

PENGANGGUR dihadapkan buat kali kedua ke Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, atas tuduhan cubaan rogol dan 253 tuduhan sumbang mahram terhadap dua lagi anak saudaranya yang ketika kejadian hanya berusia enam dan 10 tahun.

Tertuduh berusia 46 tahun yang sebelum ini berdepan 334 tuduhan sumbang mahram mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Prosiding itu menjadikan jumlah pertuduhan yang dihadapi tertuduh sebanyak 588 kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa atas 253 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan mangsa yang kini berusia 17 tahun di sebuah rumah pangsa di Ampang antara Januari 2006 dan Disember 2013.

Lelaki itu turut didakwa atas satu pertuduhan cubaan merogol mangsa yang berusia 10 tahun antara Januari dan Disember 2017

Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 376B/511 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dihadapi lelaki itu selain membabitkan kes serius.

“Tertuduh amat mengenali serta mengetahui tempat tinggal mangsa, sekiranya dibenarkan ikat jamin terdapat kebarangkalian dia akan menganggu saksi,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Shahrul Nizam Azwir memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan tidak tinggal bersama mangsa selain belum dibuktikan bersalah.

ARTIKEL MENARIK: Diseksa ala komando hanya kerana tak baca doa tidur, kesilapan mengaji dan tak dengar arahan suspek

loading...

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 Mac ini.

Jumaat lalu, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan 334 tuduhan sumbang mahram iaitu melakukan persetubuhan dengan anak saudaranya yang kini berusia 13 tahun, ketika mangsa berusia lima tahun.

Berita berkaitan

Bapa saudara durjana

TERTUDUH diiringi anggota polis di Kompleks Mahkamah Ampang. FOTO Rosdan Wahid

PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Sesyen di Ampang, hari ini, atas 200 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya yang ketika kejadian hanya berusia lima tahun.

Tertuduh, yang dibawa ke mahkamah pada 10.45 pagi, mengakui tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Pihak pendakwaan mengambil masa lebih dua jam untuk membaca kesemua pertuduhan dan mahkamah menangguhkan sidang pada 12.45 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Sidang akan bersambung pada 2.30 petang ini.

Lelaki itu dijangka menghadapi 364 lagi pertuduhan sumbang mahram, sekali gus menjadikan keseluruhan pertuduhan sebanyak 564 kes.

Sumber : Hmetro & CERITAKAKI5.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post