Bapa 'Suap' Rokok Pada Bayi, Ibu Ambil Gambar!

Bapa 'Suap' Rokok Pada Bayi, Ibu Ambil Gambar!

SEORANG lagi bayi merokok menjadi tajuk utama berita, tetapi sekurang-kurangnya insiden terbaru ini berjaya ditangani segera.

Bapa 'Suap' Rokok Pada Bayi, Ibu Ambil Gambar!
Bapa 'Suap' Rokok Pada Bayi, Ibu Ambil Gambar!

Dalam kejadian di Indonesia, seorang lelaki ditahan kerana memasukkan rokok yang sudah dicucuh api ke dalam mulut anaknya yang masih kecil.

Gambar tersebut yang telah tular mula dimuat naik di Facebook pasangan suami isteri tersebut, membawa polis mengenal pasti bayi itu yang didedahkan sebagai AI, sembilan bulan.

AI, adalah anak lelaki Muzammil, yang berusia 36 tahun dan isterinya, Ummu, 18 tahun dari sebuah kampung di Bangkalan, Jawa Timur.

ARTIKEL MENARIK: Bayi 1 Tahun Tiba-Tiba Meninggal, Ternyata Dalam Mulutnya Ada Hadiah Dari Neneknya! Tolong Hentikan Memberi Benda Ini Pada Bayi Anda..!

loading...

Polis tempatan telah menangkap Muzammil, yang mengakui bahawa dia sedang merokok di dalam bilik apabila bertindak meletakkan rokok di mulut anaknya dan gambar mereka itu dirakam.

"Kami menahan bapanya kerana meletakkan rokok di mulut bayi, walaupun bayi itu anaknya sendiri," kata jurucakap polis Bangkalan, Bidarudin memetik Tribun, Khamis.

Apa yang lebih mengejutkan, menurut polis, lelaki tersebut sempat berfikir tentang keselamatan anaknya yang mengambil rokok yang sedang menyala dengan cara mendudukkannya dan memegang kedua-dua tangannya, bimbang anaknya terkena api.

"Bayi itu meletakkan rokok yang menyala di mulutnya. Bapanya meletakkannya dalam posisi duduk dan memegang tangan anaknya kerana bimbang terkena abu rokok," kata Bidarudin.


Polis berkata, ibu AI sedar akan kejadian itu, kerana dialah yang mengambil gambar tersebut. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menangkapnya atas alasan yang belum diketahui.

Di bawah undang-undang Indonesia, tidak ada hukuman khusus kerana memberi rokok kepada anak-anak, tetapi Muzammil boleh didakwa melanggar Akta Perlindungan Anak dan berdepan hukuman penjara enam bulan di bawah undang-undang tersebut.

Indonesia mempunyai kadar merokok tertinggi di dunia, dengan statistik kerajaan menunjukkan bahawa hampir satu pertiga daripada populasi adalah pengguna tembakau aktif, termasuk jumlah perokok kanak-kanak yang sangat membimbangkan.

Aldi Rizal, adalah satu contoh perokok kanak-kanak Indonesia yang dikenali kerana merokok 40 batang rokok sehari pada usia dua tahun, dalam kejadian tular pada 2010.

Bagaimanapun dia kini telah dipulihkan dan menjalani gaya hidup sihat.

Sumber: Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post