Seorang lelaki Thailand berkongsi kejadian di mana dia hampir saja menggilis bayi lelaki yang merangkak ke tengah jalan raya mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
(4 Foto) Nyaris terlanggar bayi merangkak ke tengah jalan raya |
Kittithorn Jadaeng, guru di sebuah sekolah berkata, dia ternampak bayi ketika melalui jalan raya itu di Uthai Thani semasa dalam perjalanan ke Sekolah Banmai Klong,angwa di daerah Ban Rai.
Kittithorn segera keluar mendapatkan bayi itu mencari ibu bapa anak kecil itu.
Difahamkan ibu bayi berkenaan tiada di rumah pada ketika kejadian dan bapanya pula tertidur di dalam rumah.
"Bayi itu merangkak ke tengah jalan dan kalau ada kereta yang memandu laju dan tidak menyedari kehadirannya, saya tidak dapat membayangkan apa seterusnya yang akan berlaku," katanya.
ARTIKEL MENARIK: 'Selagi tak bayar, tak halal sebungkus teh ais itu!' - Peniaga viralkan pelanggan lewat bayar, tetapi akhirnya memakan diri
loading...
Justeru Kittithorn menasihatkan golongan ibu bapa berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka.
Post a Comment