Melihat gelagat kanak-kanak memang menghiburkan. Aksi-aksi mereka yang kadang-kala melucukan itu boleh membuatkan kita berasa cukup bahagia sehingga masalah yang kita hadapi seseolah hilang secara tiba-tiba.
“Yang kat belakang tu nanti mesti jodoh dia” – Aksi kanak-kanak bawa bantal busuk ke tadika ini hiburkan hati netizen |
Semalam, jadi tular gambar seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memegang sebuah objek di sebuah tadika yang pada mulanya menimbulkan tanda-tanda, namun setelah disiasat, rupa-rupanya bantal busuk semata-mata.
ARTIKEL MENARIK: (Gambar) Bermodalkan RM2000, Wanita Ini Kongsi Tips Ubah Suai Rumah Dalam Masa 24 Jam Sahaja
loading...
.
Barang rampasan hari ini
Barang rampasan hari ini di kelas prasekolah dibawa murid..cuba teka agak2 apakah benda ini???? Siapa teka dengan betul ada hadiah menanti…
Gambar yang telah dimuatnaik oleh Aidil Papadil di laman Facebook beliau telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki tersebut.
Tengoklah cara dia terangkan, bijak sungguh…Ok untuk objek yg disuruh teka,inilah pemilik barangan berharga tu..sudah ada video suruh tunjuk demonstrasi bagaimana kegunaan barang tu..AWAS ya..cikgu tak berniat apa2 tetapi soalan itu adalah soalan KBAT berdasarkan situasi yg berlaku..tips hari ini untuk bagi anak comel, kacak, berilah dia dengan barang ini..akal bagus dan cerdik budak ini..tengoklah cara dia explain..umur 5 tahun..inilah hadiah dari pemilik barang berkenaan bagi yang meneka tadi..terima kasih..
..
Imbau kenangan
Netizen yang terhibur melihat aksi kanak-kanak itu kemudiannya mengimbau kembali kenangan lama. Masing-masing mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah mereka bersama dengan bantal busuk mereka suatu ketika dahulu.
Nanti simpan gambar
Terdapat juga beberapa orang netizen yang meminta ibu bapa kepada ibubapa kanak-kanak ini supaya menyimpan gambar ini sebagai kenang-kenangan dan melihat kembali kejadian ini selepas beberapa tahun kemudian.
Jodoh ada kat belakang
Tidak kurang pula yang meninggalkan komen cuba mengusik dengan mengatakan kanak-kanak perempuan yang tengah duduk di belakang kanak-kanak lelaki ini merupakan jodohnya suatu ketika hari nanti.
Sumber : Ohbulan | Aidil Papadil / ohmymedia
Post a Comment