Wujudkah NAGA? Ini Penjelasan Asal Usul Kewujudan Naga Berdasarkan Islam !!!

Wujudkah NAGA? Ini Penjelasan Asal Usul Kewujudan Naga Berdasarkan Islam !!!

Assalamualaikum..daripada beberapa research saya berkenaan ‘naga’, ini antara hasil yang saya telah temukan:

Wujudkah NAGA? Ini Penjelasan Asal Usul Kewujudan Naga Berdasarkan Islam !!!
Wujudkah NAGA? Ini Penjelasan Asal Usul Kewujudan Naga Berdasarkan Islam !!!

Abdurrazaq dan Ibnu jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata,”Sesungguhnya Iblis menawarkan dirinya kepada setiap binatang melata, agar dapat membawanya masuk ke Syurga dan berbicara kepada Adam dan isterinya. Namun semua haiwan menolak permintaannya…

ARTIKEL MENARIK:  15 Tempat Menarik Tetapi Haram Untuk Dikunjungi Di Muka Bumi

loading...

Lalu dia berkata kepada ular “Aku akan melindungi dirimu dari gangguan Adam dan engkau ada dalam jaminanku jika engkau memasukkanku kedalam Syurga”

Maka ular itu membawa Iblis diantara dua taringnya lalu masuk kedalam Syurga. Tadinya ULAR INI BERJALAN DENGAN KAKINYA,lalu Allah menjadikannya BERJALAN DI ATAS PERUTNYA.”

Ibnu Abbas berkata,”Maka bunuhlah ular dimanapun kamu terserempak dengannya. Pendamlah makhluk yang pernah mendapat jaminan dari musuh Allah itu.” (Luqthul Marjan fi Ahkamil Jaan, Imam Suyuthi, edisi terjemahan hal 178)

Iblis memberikan kedudukan “special” kepada bangsa ular disebabkan jasa2 depa yang pernah diberikan di langit yang telah membantunya untuk berjaya menghasut sejurus mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga.

Ular tersebut diletakkan (sebagai yang dekat dengan Iblis) di istananya dan ular yang terkuat di Dunia ini adalah ULAR NAGA…

Naga Sekarang Adalah “Panglima” Istana Iblis Di Lautan:

Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepadaku Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: sesungguhnya, dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)

Ibnu Shayyad adalah tokoh yang sakti di zaman Rasulullah yang memiliki Kasyaf Syaithani yang matanya mampu untuk menembus alam jin dengan bantuan Iblis karena kekeramatannya para sahabat bahkan sampai menganggap Ibnu Shayyad ini adalah Dajjal..

Ibnu Shayyad dalam hadis pernah diuji oleh Rasulullah mengenai Kasyaf Syaithaninya, kerana memang Ibnu Shayyad adalah salah satu kahin (dukun) maka dapat melihat Istana Iblis yang dijaga oleh ular-ular naga…

Bahkan disebabkan berjasanya ular naga bagi Iblis, tidak segan para Jin untuk merubah diri mereka menjadi ular disetiap kesempatan ketika bertasyakul (mengalij rupa).

Rasulullah bersabda: “Ular-ular itu adalah jin yang mengubah rupa dan bentuknya sebagaimana Bani Israel yang berubah bentuk menjadi rupa monyet dan babi” (H.R. Thabrani dengan sanad yang sahih)

Kewujudan Naga/Ular Daripada Bangsa2 Jin:

Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :
“Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ULAR dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)”

Kesimpulan

secara ringkasannya,Naga atau Ular Naga asalnya adalah haiwan drpd Syurga yg mempunyai kaki serta berjalan biasa namun,setelah berkerjasama dgn Iblis,bangsa2 ular tersebut telah diusir dari Syurga serta dilaknat oleh Allah S.W.T ada yg hilang kakinya & ada yg masih mempunyai kesaktian serta menjadi panglima kerajaan Iblis..

Sejak ribuan tahun dahulu lg,Naga telah hadir dlm kehidupan manusia sejurus ia diagung2kan,disembah malah makhluk yang ditakuti oleh masyarakat zaman dahulu dan mengenai keberadaannya juga telah dicatit dlm beberapa kitab/manuskrip dan sbgnya (spt dlm gambar)

Jadi tak hairan lah kenapa NAGA muncul di dalam banyak budaya-budaya didunia kita nie, especially China,Jepun,Vietnam & Korea dimana Naga diagungkan sbg pembawa tuah…

Menurut kepercayaan matt saleh,Naga adalah makhluk jahat yg boleh mengeluarkan api dari mulutnya…tp x semestinya semua Naga itu jahat,masih ada yg baik,Naga yg dilaknat sahaja yg menjadi pengikut Iblis…

ukiran Naga juga terdapat di Masjid Demak,Indonesia serta di pedang Rasulullah SAW iaitu Al-Rasub serta di pedang Ottoman pd abad ke 13-14 & byk lg ukiran naga yg terdapat pd tempat & barang dlm sejarah Islam…

so adakah Naga adalah makhluk ghaib? jika semua ini benar,jawapannya adalah ya,ia makhluk ghaib,dia adalah sejenis ULAR,pendek kata naga adalah moyang kpd ular samada yg ada kaki atau xdak..

Mungkin naga tu besaq kot serta naga-naga sekarang menjadi panglima di istana Iblis sepertimana Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepada Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said bahwasanya:

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ibnu Shayyad:“Apa yang kamu lihat? Dia menjawab, aku melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular. Maka Rasulullah bersabda: dia telah melihat singgahsana Iblis.” (HR.Ahmad)

Penutup

sebelum itu,harus diingati bahawa apa yg sy tulis dalam nie tidak semestinya benar 100%,ini hny kajian dari sumber yg berangkai & pelbagai,so jgn la kecam sy 😅 hny ingin share…kebenaran yg sebenar2nya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Sekiranya terdapat apa2 yg bertentangan dgn syariat mohon diperbetulkan..kita manusia hanya mampu mengkaji,mendalami & meneka secara logik yg kita mampu,selebihnya hanya Allah S.W.T Pencipta Sekalian Alam yang mengetahui segalanya..

Wallahualam..

Note : pernah tak mimpi terjumpa ular yang besar..??..jangan tikam nombor ular sudah…
*gambar2 di sertakan diambil daripada manuskrip yang berusia ratusan tahun iaitu kitab Al-Bulhan & Ajaib Al-Makhluqat Wa Gharaib Al Mawjudat kira2 pd abad ke 11-12…

Segala kajian dirujuk daripada buku-buku mengenai alam ghaib serta artikel-artikel mengenainya..

Sumber : ayahanda sepuloh Via Tambahcheeze

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post