Viral Satu Video Yang Kecam MILO Sebagai Minuman Yang Tidak Sihat Tetapi Diiklankan Sebaliknya. Benarkah? Jom Baca Penjelasan Doktor Ini.

VIRAL TENTANG MILO

Sekarang tengah viral satu video yang kecam MILO sebagai minuman yang tidak sihat tetapi diiklankan sebaliknya. MILO dah keluarkan kenyataan rasmi berkenaan dakwaan itu.

Apapun, mari lihat sedikit fakta tentang MILO dan cara rakyat Malaysia menikmatinya.

1. MILO adalah produk Australia. Dicipta oleh Thomas Mayne pada tahun 1934 sebagai minuman pelengkap ketika kemelesetan ekonomi yang berlalu ketika itu.

2. Nama MILO diambil sempena Milo de Croton —seorang atlet olahraga Yunani yang dikatakan mempunyai kekuatan luar biasa.

3. MILO diperkenalkan sebagai minuman pelengkap nutrisi buat kali pertama di Malaysia(ketika itu Malaya) pada 1950, 15 tahun selepas ia dilancarkan di Australia.

4. Kini hampir semua isi rumah di Malaysia memiliki MILO. Malah, hampir semua restoren di Malaysia menyediakan MILO, termasuk di restoren makanan segera.

ARTIKEL MENARIK: [IBU BAPA PERLU AMBIL TAHU] – 5 Kesan Buruk Jika Anak Suka Duduk Menyerupai Huruf “W”

loading...

5. Kilang MILO terbesar berada di Malaysia. Kita pengguna terbesar MILO, iaitu 90% daripada jumlah pengeluaran dunia. Kita juga negara paling obes di ASEAN.

6. Kandungan utama MILO adalah ekstrak malt, susu skim, koko dan gula. Rasa MILO di setiap negara berlainan kerana formulasinya mengikut citarasa setempat.

7. MILO mencadangkan ia disediakan seperti berikut:

  • A. 5 sudu teh MILO(30g) + 200ml air, atau
  • B. 5 sudu teh MILO + 2 sudu teh susu tepung + 200ml air

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

8. Menurut MILO, 1 hidangan MILO seperti cadangan A, mengandungi 12g gula (6g gula dari susu skim dan ekstrak malt + 6g gula tambahan). *6g = 1 sudu teh.

9. Di restoren mamak, MILO dibancuh dengan 2 sudu besar susu pekat manis, bersamaan 24g gula. *1 sudu besar susu pekat mengandungi 12g gula.

10. Jumlah gula dalam MILO dibancuh di restoren mamak = 12g(MILO) + 24g(susu pekat) = 36g = 6 sudu teh. Itu jumlah yang tinggi. Belum MILO tabur, MILO dinosor lagi.

Kesimpulannya, budaya dan cara penyediaan MILO oleh rakyat Malaysia membuatkan ia menjadi produk mendorong kegemukan dan masalah kesihatan lain.

Jika minum MILO, elakkan ditambah susu pekat manis atau gula. Tambah susu segar sahaja. Minum seminggu sekali dua sudahlah. Tak usah sehari dua kali. Jika tak minum, lagi baik.

Ohya! Kalau dah minum, jangan lupa bakar semula kalori! Bersenamlah, tingkatkan kecergasan. Amalkan makan makanan seimbang, segar dan sihat!

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post