Sebelum ini AKTRES Datin Diana Danielle kini muncul dengan imej baru dengan gaya potongan rambut pendek.
(VIDEO) Fazura & Fattah Amin Kongsi Momen ‘Jejak Kasih’ Diana Danielle & Anak-anaknya Buat Netizen Sebak |
Diana berkongsi gaya rambut terbaru ala ‘boy cut’ itu menerusi beberapa foto yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.
Diana turut sempat mengusik pengikut laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto bersama kapsyen, “Abang dah makan. Sayang?” Diana kini sedang berada di Iskandar Puteri, Johor untuk sesi latihan perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia.!
Ramai peminat memuji kecantikan gaya rambut terbaru Diana yang kelihatan segar.
Diana juga mula membuka semula ruangan komen di laman Instagram selepas menutupnya selama beberapa hari berikutan kes yang melibatkan suaminya, Datuk Farid Kamil yang ditahan polis kerana terlibat dengan kes menampar anggota polis.
ARTIKEL MENARIK: Alamak! Fazura dah terlepas cakap dah.. Live lagi tu! Rahsia dah terbongkar dah..
loading...
Janna Nick yang turut berada di acara sama juga sempat memuat naik video penampilan baru Diana di ruangan Instagram Stories.
Janna sempat berseloroh dengan Diana dengan memanggilnya sebagai Abang DD.
Seperti yang kita tahu, beberapa selebriti Malaysia kini sedang sibuk dengan aktiviti kereta untuk Toyota Gazoo Racing Malaysia.
Antara yang terlibat adalah seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Datin Diana Danielle, Fattah Amin dan ramai lagi.
Apa yang membuatkan MH tersentuh dan tersenyum apabila pasangan suami isteri Fazura dan Fattah Amin ada berkongsi momen indah yang berlaku di sana apabila Diana Danielle berjumpa dengan anak-anaknya.
Seperti yang kita tahu anak-anak Diana memang manja dengannya, nampak mereka berdua merindui ibunya sangat-sangat sehinggakan anak perempuannya Arora cium pipi Diana lama beberapa saat dan Che Mad langsung tidak melepaskan pelukannya. Comel betul!
Dalam pada itu, Diana yang tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah ketika perlumbaan tersebut berakhir, memberitahu dia terima segala keputusan kerana benda paling penting dia telah memenangi hati anak-anaknya.
Sumber Video: Instagram Fazura vie mediahiburan
Post a Comment