Usaha Kanak-Kanak Ini Melaungkan Azan Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu Untuk Bapa Tercinta Yang Terlantar Akibat Kemalangan

Usaha Kanak-Kanak Ini Melaungkan Azan Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu Untuk Bapa Tercinta Yang Terlantar Akibat Kemalangan

USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya,

Usaha Kanak-Kanak Ini Melaungkan Azan Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu Untuk Bapa Tercinta Yang Terlantar Akibat Kemalangan
Usaha Kanak-Kanak Ini Melaungkan Azan Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu Untuk Bapa Tercinta Yang Terlantar Akibat Kemalangan

Selain berdoa, kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas dilanggar sebuah kereta.

Bagi Nabil, apalah sangat usaha kecil dilakukan berbanding dengan pengorbanan bapa membesarkannya selama ini.

Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah.

ARTIKEL MENARIK: Suami Dipaksa Melihat Isteri Dirogol Dan Diseksa, Sebelum Dibunuh

loading...

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan laungan azan anjuran Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, sebelum ini kerap diberi tanggungjawab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan.

“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan bacaan di masjid.

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak namun lirikan matanya cukup untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.


Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia faham dengan pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangkan jiwa serta terapi rohani untuk bapanya segera sembuh.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah.


“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah.

Nabil berkata, dia berharap orang ramai dapat mendoakan bapanya segera sembuh dan semoga impian untuk melihatnya bergelar pendakwah tercapai satu hari nanti.

“Dulu saya akan ke masjid bersama ayah setiap waktu untuk solat berjemaah. Ayah berpesan jika solat jemaah di masjid, Allah SWT menggandakan 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian,” katanya.


Nabil melaungkan azan setiap kali pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah. FOTO Khairus Ramli
Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman Nabil melaungkan azan sebagai usaha supaya bapanya yang mengalami kegagalan saraf berfungsi pulih selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Petaling Jaya, 20 April 2015.

Anak sulung R Zakariya, Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, berkata, bapanya yang juga seorang kontraktor terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Petaling Jaya.

“Ayah menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahkan urat saraf tidak lagi berfungsi.

“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi membantu ayah yang sudah tidak mampu bergerak. Kalau bekerja mungkin majikan tidak suka kerana terpaksa selalu mengambil cuti untuk bawa ayah berubat,” katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan itu dia sudah tiga tahun tidak tidur malam kerana bapanya perlu diawasi dengan lebih rapi terutama jika tiub di lehernya tercabut.

“Saya perlu berkorban untuk ayah demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga ayah sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap 12 tengah malam dan 4 pagi.
“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,” katanya yang boleh dihubungi di talian 01121916258.


Kredit -  KRT.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post