TERKINI! Farid Kamil menggunakan dadah jenis THC? Ini Respon Farid Kamil

TERKINI! Farid Kamil menggunakan dadah jenis THC? Ini Respon Farid Kamil

PELAKON, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, dua minggu lalu.

TERKINI! Farid Kamil menggunakan dadah jenis THC? Ini Respon Farid Kamil
TERKINI! Farid Kamil menggunakan dadah jenis THC? Ini Respon Farid Kamil

Farid Kamil membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Farid Kamil didakwa atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan diwakili peguam Athari Bahardi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Lakonan Mantap, Kejujuran Watak Dan Mesej Yang Padat Buatkan 'Pok Ya Cong Codei' Jadi Bualan Netizen

loading...

Mahkamah membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan pasport Farid Kamil diserahkan kepada mahkamah.

Terdahulu, Farid Kamil tiba di perkarangan mahkamah 9 pagi. Bagaimanapun, dia berada dalam kereta sehingga dibawa ke kaunter pendaftaran kes oleh pegawai polis, 10.30 pagi.

Selesai pendaftaran, Farid Kamil yang turut ditemani adiknya, Fadzil, dibawa naik ke Mahkamah Majistret 1 untuk pendakwaan.

sumber: hmetro

Sementara Itu Farid Kamil jalani rawatan di PPUM


KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman, pelakon Datuk Farid Kamil tidak pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah, sebaliknya menjalani rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.


Perkara tersebut diberitahu oleh sumber yang dipercayai kepada Kosmo! dan difahamkan Farid tidak pulang ke kediamannya di Casa Tropicana, Damansara sejak di bebaskan.

Bagaimanapun tidak diketahui berapa lama Farid menjalani rawatan di PPUM.

Terdahulu, Farid menggemparkan dunia hiburan apabila dia menampar seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu, selain disahkan positif dadah jenis ganja.

Farid yang sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac hadapan untuk sebutan semula kes.

Sementara pertuduhan berhubung kes narkotik ke atas Farid bagaimanapun masih belum dibacakan kerana masih dalam siasatan pihak polis. – K! ONLINE

sumber: kosmo

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post