Sula Mulut dan congkel mata pakai sikat rambut

Sula Mulut dan congkel mata pakai sikat rambut

Diduga kerana terlalu taksup mengamalkan kepercayaan karut, seorang wanita Dwi Wahyuni 31 sanggup membunuh isteri keponakannya sendiri dengan cukup sadis dan kejam di desa Desa Tulung jawa timur.

Sula Mulut dan congkel mata pakai sikat rambut
Sula Mulut dan congkel mata pakai sikat rambut

Lebih memilukan apabila pembunuhan kejam itu turut di bantu oleh suami mangsa sendiri Darto 53 tahun.

Mangsa dikenali sebagai Lasmi (40) merupakan seorang petani ditemukan maut pada 14 januari lalu dirumahnya dengan keadaan mengerikan dan tidak wajar.

Kedua suspek yang ditangkap semalam di tempat berlainan telah mengaku atas perbuatan mereka.

Suami mangsa Darto mengaku memukul isterinya terlebih dahulu sebelum Dwi menghentak kepala mangsa menggunakan palu

Mangsa yang terjatuh di pegang oleh Darto, Dwi kemudian mengambil sikat rambut dan mencungkil kedua mata isteri keponakannya itu.

ARTIKEL MENARIK: Majikan Yang Menyebabkan Pekerja Stress Akan Dikenakan Tindakan Oleh Kementerian Sumber Manusia

loading...

Lebih mengerikan apabila mulut mangsa disula dengan kayu hingga mengakibatkan hampir kesemua gigi mangsa tercabut dan rahangnya terpisah.


Wajah dan Kemaluan mangsa juga turut di pukul dengan palu sebelum dipijak beberapa kali hingga mengakibatkan keseluruh wajah mangsa hancur.

Selepas kedua suspek mengesahkan mangsa sudah mati,mayat mangsa kemudian di balut dengan tikar kemudian meninggalkannya.

Dari Laporan pihak polis Kawedanan, jawa timur Kasat Reskrim AKP Galih hari ini yang mengadakan sidang media,kedua suspek mengaku melakukan pembunuhan itu Untuk mensucikan mangsa yang telah banyak melakukan dosa sepanjang hidupnya.

Dimaklumkan Dwi Wahyuni adalah merupakan pekerja wanita yang baru balik dari Taiwan beberapa tahun lalu,kedua suspek juga diketahui memiliki hubungan cinta terlarang.

Beberapa hari sebelum kejadian Dwi Wahyuni dilihat memegang keris dan bercakap “Mataram Akan bangkit” “Mataram Akan bangkit”

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post